≡ Menu

Undi Faiz Subri Calon Anugerah Puskas FIFA 2016

Anda dah undi Faiz Subri dalam Anugerah Puskas FIFA 2016? Kalau yang masih belum lagi undi, undilah sekarang! Untuk pengetahuan anda, khabar baik kepada bola sepak negara kita di mana pemain tengah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri telah dicalonkan 10 penjaring gol terbaik dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.

Apa yang membanggakan, sebenarnya jaringan lencong atau knuckleball yang ditendang oleh Faiz Subri ketika perlawanan menentang Pahang, dek kerana itu namanya telah menjadi bualan di media massa sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

Tendangan Faiz Subri yang dijaringkan seolah-olah menyamai jaringan yang dihasilkan oleh lagenda Brazil, Roberto Carlos yang digelar tendangan “Banana Shot”. Oleh itu, Faiz Subri layak berada sebaris bersama pemain bintang dunia, Lionel Messi dan Neymar yang turut disenaraikan dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.

Cara Undi Faiz Subri Anugerah Puskas FIFA 2016

1. Masuk laman web ini http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html.

2. Cari nama Faiz Subri dan vote.

Senarai 10 Calon Penjaring Gol Tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016

1. Lionel Messi

2. Neymar

3. Faiz Subri

4. Mario Gaspar

5. Hlompho Kekana

6. Marlone

7. Hal Robson-Kanu

8. Daniuska Rodriguez

9. Simon Skrabb

10. Saul Niguez

Undian bermula dari 22 November 2016 (Isnin) hingga 2 Disember 2016, di mana tiga calon yang mendapat undian tertinggi antara 10 yang terbaik akan diumumkan senarai pendek. Undian akan dilakukan sekali lagi sebelum akan diumum pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017.

Jom dan ayuhlah rakyat Malaysia menyokong dengan vote Faiz Subri untuk melayakkan namanya dalam senarai pendek 3 terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016. Mahu apply jawatan kosong ? Klik homepage kami sekarang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment