≡ Menu




6 Tips Untuk Dapat Kulit Cantik Berseri dan Mulus

Siapa tak nak kulit cantik kan? Mungkin perkara ini sangat dititikberatkan oleh kaum hawa. Mesti semua wanita mahu dan mengidamkan kulit yang cantik, licin, mulus dan berseri. Kulit yang berjerawat, tona kulit tak sekata, gelap, berjeragat dan bermacam-macam lagi. Kulit sebegini akan membuatkan perempuan jadi kurang yakin terhadap orang ramai jika keluar berhadapan dengan mereka. Masalah kulit jugak buat rasa malu dan rendah diri.

 Tips Untuk Dapat Kulit Cantik Berseri

Maka penulis ingin kongsikan beberapa tips untuk dapatkan kulit yang cantik berseri dan mulus. Pasti anda tak akan lepas membaca artikel ini sehingga habis.


Tips Untuk Dapat Kulit Cantik Berseri

1. Asid salisilik yang ditemui di dalam buah strawberi dikatakan dapat mengurangkan jerawat dan mengeluarkan toksin kulit sel-sel mati agar kulit nampak lebih segar, mulus dan diperbaharui.

2. Vitamin C juga turut membantu dalam anti-penuaan, dan dapat mengurangkan garis-garis halus, kedut dan parut jerawat.

3. Sentiasa gunakan tuala muka yang bersih. Tuala yang kotor menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kuman yang membuat jerawat lebih teruk.

4. Perbanyakkan makan lebih banyak bijirin berbanding karbohidrat yang diproses boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda.

5. Badam, pistachios dan walnut membekalkan asid lemak omega-3 yang baik untuk kulit.

6. Pisang mengandungi lemak semula jadi dan protein kompleks untuk meratakan dan melembutkan kulit anda.

Semoga tips ini memberi panduan dan inspirasi kepada anda mengenai tips untuk dapat kulit cantik berseri dan mulus.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment