≡ Menu




5 Tips Sewa Kereta Di Luar Negara

Pernah ada pengalaman melancong ke luar negara? Tahu cara nak sewa kereta jika berada di luar negara. Jika yang masih belum tahu atau ingin bercuti di oversea, pastikan baca artikel ini. Berikut beberapa tips menyewa kereta bila memandu di luar negara yang penulis akan kongsikan jika bercuti di beberapa negara seperti Australia, UK, New Zealand, Korea dan lain-lain lagi.

tips sewa kereta di luar negara

Tips Sewa Kereta Di Luar Negara

1. Lesen Malaysia atau IDP?

Mungkin kita pernah fikir dan dengar orang cakap jika pergi ke luar negara tak payah IDP pun, lesen Malaysia boleh je! Anda kena ketahuilah, lain negara, lain requirement. Sepatutnya buat semakan dulu negara yang ingin bercuti, perlukan kita buat IDP atau tidak & age limit. Sebagai contoh, Ireland mewajibkan IDP walaupun lesen kita dah translate ke BI, begitu juga dengan Korea. Mudah kata, lebih baik buat semakan IDP dahulu.

2. Sedia untuk bayar deposit

Bagi pemegang kad kredit mungkin tak ada masalah, tapi untuk pemegang kad debit atau cash, sediakan baki yang cukup untuk membuat bayaran deposit. Deposit ni akan dapat balik, tapi kalau tak bayar, mungkin kereta pun tak dapat.

3. Survey dahulu syarikat kereta terbaik

Biasanya anda boleh guna aplikasi Kayak untuk buat survey rate terbaik dan servis terbaik. Sesetengah syarikat kereta sewa turut menyediakan sewa mobile wifi dengan kadar yang rendah atau percuma! Make sure baca segala t&c dan review.

4. GPS

GPS kereta sangat penting untuk negara-negara yang kurang Waze-friendly, jalan terlalu simpang siur dan yang tak berapa guna Google Maps. Uruskan hal GPS dengan syarikat kereta sewa agar dapat GPS latest. Kalau diorang tak ada, mintak recommend kat mana boleh sewa GPS yang latest.

5. Booking awal-awal kereta sewa

Booking kereta sewa awal agar dapat kereta yang kita mahu, dan keperluan-keperluan lain yang kita perlu. Misalnya syarikat kereta sewa ada GPS yang terhad atau carseat yang terhad. Lebih senang anda tempah awal-awal tak kalut sangat nanti.

Harap dengan adanya informasi ini agar boleh beri panduan sedikit sebanyak bagi yang sedang plan untuk bercuti di overseas.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment