≡ Menu




5 Tips Persiapan Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Sebelum anda buat persiapan melancong ke luar negara? Tidak kiralah Singapura, Jepun atau Amerika Syarikat. Pernah anda terfikir tips persiapan sebelum pergi melancong ke luar negara. Berikut saya kongsikan tips persiapan sebelum nak melancong ke luar negara. Untuk anda yang ada perancangan nak melancong, jom baca artikel ini.

Tips melancong ke luar negara

5 Tips Persiapan Sebelum Melancong Ke Luar Negara

1. Passport

Sebelum nak melancong pastikan passport anda masih sah. Erti kata sah maknanya tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Ini perkara utama yang anda perlu menitikberatkan.

2. Tempah tiket penerbangan

Disarankan kepada anda untuk menempah tiket penerbangan seawal 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi baik dan untung beli ketika promosi tiket. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa mengemaskini dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan. Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti. ‘Boarding Pass’.

3. Tukar duit di pengurup wang berlesen

Sebelum anda melancong, pasti anda telah merancang tempat di mana yang hendak bercuti dan kenalpasti dahulu matawang yang akan digunakan di negara tersebut. Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah.

4. Datang awal ke ‘airport’

Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Tetapkan pendirian anda masa diutamakan terlebih dahulu. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sudah pastinya juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

5. Pakaian

Jika melancong pastikan bawa pakaian yang perlu sahaja. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Baguskan? Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita.

Semoga perkongsian ini dengan informasi mengenai tips persiapan sebelum pergi melancong ke luar negara memudahkan anda untuk membuat perancangan rapi untuk percutian yang menarik.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment