≡ Menu




Tips Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah

Tips Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah ok? Berikut adalah 7 tips lulus temuduga kerajaan dengan senang dan pasti anda akan dipilih.

tips-lulus-temuduga

Adakah anda terpilih sebagai calon untuk temuduga kerajaan? Jika ya, tidak lain terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada anda. Bukan mudah untuk memasuki sektor kerajaan kerana saingan yang sengit daripada banyak pihak yang turut apply dalam sektor kerajaan.

Pelbagai saringan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan hanya yang terpilih dan terbaik sahaja layak untuk memasuki sektor kerajaan.

 

Dengan ekonomi negara agak meleset ekoran kejatuhan harga minyak sedunia. Serba sedikit telah memberi tempias, di mana membeli sikit je tapi harga sudah mencecah RM200-RM300. Ramai juga pekerja yang dah diberhentikan kerja secara besar-besaran. Contoh yang diberikan seperti Malaysia Airlines System (MAS).

Bagaimana pula dengan anda kalau ingin bekerja di jabatan kerajaan? Ini persoalan berat yang setiap calon temuduga perlu memikulnya. Buat masa sekarang ini kakitangan di jabatan kerajaan agak bernasib baik kerana tidak diberhentikan kerja akibat ekonomi yang meleset ini. 

Kenapa kerja kerajaan selalu menjadi pilihan?

● Peluang melanjutkan pelajaran sehingga ke Doktor Falsafah (PHD)

● Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari bagi wanita

● Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi.

● Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer 

● Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri pasangan dan anak-anak

● Pemberian Cost of Living Alliwance (COLA)

● Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan

● Kemudahan pencen setelah berkhidmat 25 tahun

Tips 

Benarkah nak dapat kerja kerajaan ni susah? Soalan macam mana pula akan diberikan? Apa soalan yang biasa di tanya? Di sini ada beberapa tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan. Berikut adalah antara soalan2 yang biasa di tanya oleh panel temuduga:

√Terangkan tentang diri anda?

√Anda sudah bekerja! Mengapa anda memohon jawatan ini?

√Apakah kelebihan anda berbanding calon lain?

√Kenapa anda mahu kerja dengan kerajaan?

√Apakah pencapaian terbesar anda

√Apakah kelemahan terbesar anda

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan? Semoga informasi ini memberi manfaat dan panduan kepada calon temuduga. Jom dapatkan tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan dengan membaca artikel ini di Government.my.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment