≡ Menu




3 Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin Dengan Mudah

Tahukah anda bahawa kehamilan menjadi salah satu penyebab utama kenaikan berat badan wanita. Betul kan ini realiti? Anda nak tahu cara mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin. Berikut beberapa cara sederhana untuk kembali kurus selepas bersalin yang boleh dipraktik bersama-sama.

Tips kuruskan badan

3 Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin Dengan Mudah

1. Pengambilan Makanan Seimbang

Pastikan anda yang baru melahirkan anak memang tidak boleh melakukan diet sebab itu anda patut mengamalkan makanan sihat. Makanan seimbang perlu mencukupi dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, produk susu rendah lemak serta ikan.

Cara semulajadi untuk kembali kurus selepas bersalin adalah dengan cara menyusui bayi anda.Ia bukan sahaja bagus untuk tumbesar bayi, tetapi turut membantu anda menurunkan berat badan. Menyusui bayi dikatakan mampu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

2. Bersenam

Jangan terkejut ya! Anda sebenarnya tidak perlu pergi ke gym pada saat ini. Di rumah pun, anda boleh bersenam bersama bayi anda. Misalnya, mengajak bayi anda bersiar-siar, tak kira sama ada menolaknya menaiki kereta sorong ataupun mendukungnya kerana ia mampu membantu anda membakar lemak.

3. Minum Banyak Air Masak

Pastikan anda kena minum air masak atau air putih, paling kurang 8 gelas sehari. Apabila air kencing anda berwarna kuning, itu merupakan tanda-tanda dehidrasi. Anda perasan ka tidak? Anda disarankan minum air masak atau putih banyak-banyak untuk kembali menyegarkan tubuh badan dan juga meningkatkan serta mengembalikan sistem metabolisme tubuh.

Semoga adanya informasi ini mengenai tips kesihatan bagi yang baru bersalin untuk kuruskan badan anda dengan cara mudah.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment