≡ Menu

5 Tips Kurangkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan

Anda betul-betul ingin nak kuruskan badan dalam masa 30 hari? Nak tahu apa tipsnya. Secara lazimnya, hidup sihat datangnya daripada pemikiran yang sihat. Program diet yang sukses adalah diet yang berdisiplin.

Tips Kurangkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan

Setelah anda berjaya menanam mindset positif itu ke dalam diri, barulah anda boleh berjuang mengikut tips nak kurus, sihat dan langsing dalam masa sebulan ini! Apa yang penting niat dan diet yang bersungguh-sungguh perlu juga ada supaya ia boleh diterapkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda setiap hari.

Tips Kurangkan Berat Badan Dalam Sebulan

Berikut dikongsikan beberapa tips nak kurus yang perlu anda praktikan adalah seperti :-

1. Bebas Gula

Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh memproduksi hormon insulin sangat tinggi yang dikenali sebagai ‘insulin spike’. Tubuh memproduksi insulin agar gula boleh segera masuk ke dalam sel tubuh. Apakah minuman yang mengandungi ‘kosong’ kalori?

Ada tiga jenis minuman yang tidak mengandungi kalori, iaitu air putih, teh tawar dan kopi tanpa gula. Air putih hanya mengandungi mineral dan bebas daripada unsur gula.

Manakala teh tawar pula hanya mengandungi beberapa zat kimia yang semuanya tidak mengandungi unsur gula. Teh yang tidak diletak gula baik untuk anda yang sedang menjalani program diet.

Begitu juga dengan kopi tanpa gula, bebas tanpa kalori. Rasa kopi yang cenderung pahit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk meminumnya tanpa gula.

2. Bebas Dari Minyak Digoreng

Kadar lemak tepu yang dihasilkan melalui proses penggoreng akan menimbulkan peningkatan kadar kolesterol yang tinggi dan kurang sihat dalam darah anda. Kolesterol jahat atau kurang sihat inilah yang mengundang pelbagai penyakit kronik seperti jantung, hipertensi dan lain-lain lagi.

3. Beralih ke karbohidrat kompleks

Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang kaya dengan serat, bermakna pelepasan gula darah akan stabil. Contohnya, beras merah, roti gandung, kentang dengan kulitnya. Beras merah mengandungi vitamin B kompelks dan serat yang penting untuk proses pengolahan energi dan penghadaman.

Energi kita akan lebih stabil seharian, lebih energetik, produktif dan stamina tinggi. Karbohidrat kompleks lebih sukar disimpan sebagai lemak, untuk itu lebih sihat … lebih langsing dan berkhasiat mengurangi selulit. Dengan pengambilan karbohidrat yang kompleks, mood juga menjadi lebih baik.

4. Makan Buah-Buahan Sebelum Makan

Makan buah-buah kerana terdapat nutrien dan zat yang terbaik untuk tubuh anda. Setidaknya dalam sehari anda harus mengambil dua jenis buah, untuk dimakan tiga kali sehari.

Makan buah sehari sepiring penuh, secara automatik metabolisma tubuh badan juga akan naik. Kenapa mesti diambil sebelum makan? Tujuannya adalah kerana, perut terisi terlebih dahulu, jadi kalori yang masuk menjadi lebih sedikit. Vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu proses pengolahan sumber tenaga yang dimakan.

5. Bersenam

Sepastinya bersenam ibu segala untuk kuruskan badan anda. Tanpa bersenam anda tidak akan dapat hasil yang diinginkan. Tidak semestinya anda harus ke gym dan tidak perlu melakukan aktiviti ekstrem pada setiap hari. Anda hanya pilih senaman apa sahaja yang membuatkan anda bahagia seperti contohnya sit up, push up, larian setempat, lompat bintang dan banyak lagi. Paling kurang, berjalan kaki di sekeliling rumah, pergi ke kedai , itu pun sudah boleh dianggap sebagai senaman.

Secara jujurnya, jika anda mahu impikan badan kurus dan langsing ala-ala model, pastikan anda mempunyai rancangan rapi untuk kuruskan badan dengan masa yang singkat. Apa yang penting perlu konsisten dan tidak berputus asa. Semoga informasi ini membantu anda untuk menguruskan badan yang sihat.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment