≡ Menu




4 Tips Kerja Petik Buah di Australia

Pernah anda ada pengalaman kerja petik buah di Australia? Benarkah kerja petik buah epal di sana dapat gaji yang tinggi?

Mesti membuatkan anda terfikir hendak berhijrah ke Australia untuk mencari pendapatan yang sedikit lebih selesa dan lumayan. Bagi anda yang sedang bekerja anda sendiri tahu betapa kecilnya nilai gaji kita di Malaysia ini.

kerja petik buah di australia

Walaubagaimanapun, terdapat spekulasi di mana kerja petik buah di Australia hanyalah khabar dari rupa. Rata-rata pekerja Malaysia yang berhijrah ke Australia rasa tertipu yang dikatakan hebat rupanya sebaliknya. Isu ini turut mendapat liputan yang luas di laman sesawang seperti OhBulan! dan Malaysian Insider.

Namun bukan itu tujuan dan topik utama penulis ingin kongsikan untuk kali ini. Di bawah adalah dikongsikan entri tentang tips dan persediaan buat anda yang hendak ke sana.

4 TIPS KERJA PETIK BUAH DI LADANG KEBUN AUSTRALIA 

Tips 1

Buat persediaan dari segi kewangan secukupnya. Boleh ambil contoh dibawah sebagai panduan.

a) Duit passport = RM200

b) Duit Tiket = RM1000 ke RM1500

c) Duit Visa = RM20 ke RM100

d) Duit Belanja Sebelum Gaji Minggu Pertama= 700aud ke 1000aud (RM2200 ke RM3000)

e) Duit agen= ??? * bergantung pada setiap agen. **

Jadi kos keseluruhan kena ada lebih kurang RM4500 ( tanpa agen) ke RM6500 (melalui agen)

Tips 2

Pastikan segala Dokumen anda lengkap. SILA CHECK!

a) Passport Antarabangsa. Pastikan belum tamat tempoh.

b) Visa. Pastikan jenis visa yang anda mahu guna & mohon dengan immigresen Australia.*

*TIDAK ADA permit kerja @ visa kerja ladang di Australia untuk Rakyat Malaysia. Namun ada jenis visa lain yang membenarkan anda bekerja. Cuma namanya bukan visa@permit kerja.

Tips 3

Buat persediaan rapi terlebih dahulu untuk diri sebaiknya. Ambil tahu keadaan di sana. Tahu selok belok kerja di sana.

a) Musim buah apa ? Di mana ? *ingat! Australia adalah 23x lebih luas dari Malaysia. JANGAN SESAT.

b) Musim apa ? Sejuk ? Panas ? Luruh ? Bunga ? Bawa pakaian yang sesuai. Jangan BEKU di musim sejuk.

Tips 4

Pastikan anda SUDAH ADA PLAN untuk mendapatkan kerja & tempat tinggal & pengangkutan samaada :

a) Pergi sana & pusing2 cari semua tu.

b) Contact kawan kat sana & minta tolong dia uruskan.

** sini la nak guna duit belanja tu.

Diharapkan adanya artikel mengenai tips kerja petik buah di Australia dapat memberikan maklumat kepada anda dengan lebih jelas sebagai checklists sebelum berangkat ke sana. Perlu diingatkan ambil perhatian segala informasi ini agar tidak ditipu di Negara Kanggaroo.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment