≡ Menu




Tips Hilangkan Senak Perut Cirit Birit

cara-merawat-cirit-birit
Amat perit jika mengalami senak perut cirit birit, pastinya akan merasai betapa azabnya kesakitan tersebut sehingga melemahkan sistem imunisasi tubuh badan kita.

Malah terpaksa kerap kali ke tandas disebabkan cirit birit sehingga tiada apa-apa yang ‘dikeluarkan’ melainkan hanya cairan sahaja.

Hal ini turut terjadi kepada penulis semasa pulang ke kampung, berkemungkinan penulis tersalah makan, antara punca yang menyebabkan gejala sakit perut atau keracunan makanan berlaku.

Semasa di kampung jarak untuk ke hospital ataupun klinik desa jauh, tambahan gejala sakit, senak perut atau cirit birit berlaku pada waktu tengah malam atau awal pagi, ia membataskan penulis mendapat rawatan dengan kadar segera.

Dalam waktu kecemasan sebegini, petua atau rawatan tradisional amatlah diperlukan sebagai ikhtiar terakhir bagi menyembuhkan kesakitan tersebut.

Beberapa petua yang mahu dikongsikan oleh government bersama anda untuk melegakan senak perut cirit birit.

Petua Hilangkan Dan Melegakan Sakit Senak Perut Atau Cirit Birit
Bahan-bahan adalah seperti berikut
1. Minyak gamat
2. Segelas air suam
3. Tungku besi yang selalu digunakan oleh wanita selepas bersalin, jika tiada tungku besi boleh juga menggunakan batu atau bata dan saiz mengikut kemampuan ketahanan perut anda untuk menampung berat objek tersebut
Cara-Cara
Titiskan minyak gamat sekadar dua atau tiga titis kedalam air suam, teruskan minum jangan biarkan tompokan titisan minyak gamat itu ‘pecah atau mengembang’ di dalam air suam tadi
Panaskan tungku besi atau batu, kemudian balutkan objek tersebut dengan kain bagi mengurangkan rasa panas, seterusnya letakkan ia dibahagian perut dalam posisi anda sedang baring
>Biarkan seketika sehingga anda rasa kesakitan itu kurang
Info penting
Cubalah pratikkan cara ini di saat kecemasan, mungkin ia dapat membantu mengurangkan kesakitan atau melegakan terus sakit senak perut atau cirit birit tersebut
Jika gejala itu berpanjangan sebaiknya mendapatkan rawatan dengan doktor pada kadar yang segera

P/S : Semoga tips ini membantu sakit perut anda.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment