≡ Menu

Tips Mudah Cari Kerja Kosong Sektor Kerajaan dan Swasta

Korang nak tahu tips mudah cari kerja kosong di sektor kerajaan dan swasta? Pasti anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya kawan-kawan anda dapat cari kerja kosong tidak kiralah sama ada sektor kerajaan mahupun swasta. Jadi, dalam entri ini penulis akan dedahkan kepada anda Tips Mudah Cari Kerja Kosong dalam sektor kerajaan dan swasta sedikit sebanyak membantu anda.

Tips Mudah Cari Kerja Kosong di Sektor Kerajaan dan Swasta

Tips Mudah Cari Kerja Kosong di Sektor Kerajaan dan Swasta


Dikongsikan kepada anda antara tips-tipsnya adalah seperti berikut:-


1. Peka dengan sebarang iklan kerja kosong


Bukannya mudah untuk dapatkan kerja. Anda sepatutnya perlu peka terhadap sebarang iklan kerja kosong yang ditawarkan. Dengan itu lebih mudah untuk anda apply kerja kosong sama ada kerajaan atau pun swasta. Sebagai contohnya, anda boleh mengetahui jawatan kosong dalam kerajaan dan swasta melalui laman web badan-badan tertentu, Facebook, surat khabar, majalah, blog dan banyak cara lain lagi. Pastinya anda perlu alert dan ambil peluang!


2. Tahu “job scope” kerja yang dipohon


Terlebih dahulu anda perlu kena faham “job scope” kerja anda. Sama ada anda mohon kerja dengan kerajaan dan swasta. Apa itu Job scope? Job scope ialah apa bidang tugas yang bakal anda laksanakan kelak. Kalau tak faham job scope kerja yang anda minta, susahlah untuk anda sediakan resume dan hadapi temuduga nanti!


3. Kemaskini Resume Anda


Pastikan resume anda semua sentiasa dikemaskini, ok? Jangan sesekali guna statement macam ni, “1 resume untuk 100 kerja”. Sebab, setiap pekerjaan yang kita mohon adalah berbeza. Jadi, perlu gunakan prinsip, “1 kerja, 1 resume”. Walau apa jawatan sekalipun kita mohon untuk kerja kerajaan dan swasta, ingat jangan lupa update resume.


4. Serlahkan diri anda


Apa yang perlu anda serlahkan tentang diri anda untuk berhadapan dengan bakal majikan anda ketika memohon kerja? Serlahkan tahap profesional yang ada dalam diri anda! Tunjukkan diri anda dengan berkeyakinan tinggi dan nampak layak untuk bekerja. Ia bermula dengan bagaimana cara anda mempromosikan diri anda untuk dapatkan kerja tersebut!


5. Ramalan soalan temuduga


Sebenarnya ada satu rahsia yang patut anda tahu, soalan untuk temuduga itu boleh diramal! Bagaimana? Biasanya, bakal majikan akan tanya soalan kepada anda, tentang diri anda “introduce yourself” berdasarkan resume anda. Ya, soalan biasanya berdasarkan resume! Jadi, masa inilah anda sepatutnya buat persediaan awal-awal, untuk perkenalkan diri anda dengan lebih detail.


Pastikan anda bertindak cepat untuk dapatkan kerja kerana anda bersaing dengan puluhan ribu graduan lain yang menganggur! Ingat, rajinkan diri anda untuk sentiasa intai kerja-kerja kosong. Semoga bermanfaat entri Tips Mudah Cari Kerja Kosong kali ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment