≡ Menu




5 Tempat Bersejarah Popular Di Malaysia

Pernah ada pengalaman pergi bercuti di tempat bersejarah? Tahu apa tempat bersejarah yang popular di Malaysia. Untuk pengetahuan, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah dijajah oleh pelbagai negara seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun dek kerana Malaysia kaya dengan bahan galian hasil bumi.

5 Tempat Bersejarah Popular Di Malaysia

Disebalik penjajahan ini ada hikmahnya dengan banyak peninggalan bahan bersejarah serta kubu yang dibina beratus-ratus tahun. Kini tempat-tempat bersejarah tersebut menjadi tempat tumpuan para pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara.

5 Tempat Bersejarah Popular Di Malaysia

1. Kota A Famosa

Kota A Famosa merupakan sebuah tapak kubu peninggalan Portugis yang berusia lebih daripada 500 tahun yang terletak di negeri Melaka. Ia juga merupakan mercu utama Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular buat masa sekarang. Dek kerana Melaka juga dahulu sebuah negeri Kesultanan Melaka yang kuat empayar semasa zaman penjajahan. Tak rugi lah kalau anda sampai di sini untuk melihat tinggalan meriam, senjata dan lain-lain lagi.

2. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis atau Kubu Cornwallis merupakan kubu pertahanan berbentuk bintang 4 bucu yang berusia lebih 200 tahun yang dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas menjajah Pulau Pinang daripada penguasaan Kedah. Kini, kota ini menjadi tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang. Di dalam kota itu juga anda boleh lihat meriam Sri Rambai merupakan meriam yang mashyur yang digunakan oleh Francis Light semasa pemerintahannya.

3. Chandi Lembah Bujang

Chandi Lembah Bujang merupakan kawasan proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi dan bahan binaan manusia yang tertua di Asia Tenggara yang terletak di Kedah. Dengan adanya candi ini membuktikan Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran agama Hindu dan kini menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

4. Istana Lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti merupakan istana lama di Negeri Sembilan yang kini menjadi ikon sebagai muzium. Ia adalah sebuah binaan lama yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku dan dibina dengan hanya menggunakan pasak kayu sebagai pengganti untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiang. Masa sekarang, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.

5. The Dutch Fort (Kota Belanda)

The Dutch Fort atau Kota Belanda dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1670 dan terletak di Pulau Pangkor, Perak. Pada asalnya ianya merupakan tempat simpanan biji timah yang diambil dari Perak dan seterusnya dibina semula sebagai kubu pertahanan selepas dihancurkan oleh penduduk tempatan.


Dengan adanya informasi ini mengenai tempat-tempat bersejarah yang menarik dan popular di Malaysia dapat membantu anda membuat percutian yang menyeronokkan di sini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment