≡ Menu




5 Teknik Pastikan Mudah Diterima Bekerja

Jika zaman sekarang anda kata cari kerja mudah, tanggapan anda salah! Nak tahu kenapa? Zaman ini terlalu banyak persaingan antara graduate kelulusan ijazah dan diploma yang masih mencari pekerjaan yang sempurna.

Teknik mudah dapat kerja

Malah, mencari pekerjaan yang baru ada kalanya amat sukar untuk anda. Untuk mengelakkan anda melakukan beberapa tabiat buruk yang akan menyebabkan nampak tidak professional, penulis ingin kongsikan artikel ini menerangkan beberapa teknik pastikan anda mudah diterima bekerja yang ditulis oleh pakar-pakar yang lebih berpengalaman.

5 Teknik Pastikan Mudah Diterima Bekerja

Di bawah adalah dikongsikan beberapa teknik mudah anda diterima kerja ketika sesi temuduga:

1 – Resume Yang Lengkap dan Padat

Tips resume mudah dapat kerja


Sebelum anda memohon sesuatu pekerjaan, perkara utama yang perlu anda pastikan adalah resume anda lengkap dan mudah difahami untuk pihak syarikat tersebut menilai hasil resume anda.

Jika ketika sesi temuduga terdapat banyak kesilapan tatabahasa, salah ejaan dan format yang sepatutnya anda ikuti ketika melakukan resume.

Secara tidak langsung ia memberi pandangan tidak elok kepada calon kerana mereka akan memandang anda seperti kita tidak serius ketika melakukan kerja. Ini kerana, semasa sesi temuduga adalah waktu yang terbaik untuk mereka menilai diri anda yang sebenarnya.

2 – Pastikan Melakukan Ulangkaji Dahulu Tentang Syarikat Tersebut

Jika anda telah dipanggil untuk di temuduga, pastikan anda ulangkaji terlebih dahulu tentang syarikat tersebut. Contohnya, apakah latar belakang syarikat itu, pengurusan syarikat, berapakah gaji yang ditawarkan, dan sebagainya. Hal, ini akan menunjukkan anda seorang yang ambil tahu tentang syarikat ini.

3 – Berpakaian Kemas dan Mementingkan Kebersihan

Sekiranya anda diterima untuk sesi temuduga , pastikan diri anda sentiasa kemas dan wangi ketika hadir. Penampilan yang menarik dapat memberikan aura yang positif dalam diri, mahupun kepada orang sekeliling. Ini kerana, pandangan pertama yang akan dilihat oleh majikan adalah cara kita berinteraksi dengan mereka. Pastikan pakaian anda formal, kemas dan mengikut piawaian yang bersesuaian.

 4 – Pastikan Hadirkan Diri Pada Sesi Temuduga

Waktu bekerja

Ini perkara yang sangat penting bagi calon temuduga, kerana idividu yang sering tepati dan menghargai masa adalah individu yang berjaya. Namun, bagaimana untuk berjaya jika hari pertama sesi temuduga anda sudah lewat untuk hadirkan diri. Cuba anda bayangkan, apa reaksi penemuduga kepada anda?

Jika anda lewat, ini akan menunjukkan bahawa, anda seorang yang tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah terhadap kerja yang akan diberikan nanti. Majikan pula sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu anda. So, pastikan anda hadiri awal ke tempat yang ingin ditemuduga.

5 – Pastikan Tidak Menggunakan Telefon Ketika Temuduga

Jangan bawa handphone ketika temuduga

Sekiranya, anda hadir awal semasa sesi temuduga adalah bagus, tetapi jika anda kerap bermain dengan telefon akan menunjukkan yang anda sering tidak bersedia untuk ditemuduga. Walaupun anda pandang perkara ini mudah, sebenarnya ia telah memberi resepsi yang buruk terhadap anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah baca bahan ilmiah ketika tiba awal sesi temuduga.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment