≡ Menu




Aktiviti dan Tarikh Pameran MAHA 2016

Tarikh pameran Maha 2016 ok? Jom datang beramai-ramai ke pameran MAHA 2016 sekarang datanglah dan rasai keenakkan makanan-makanan terbaik Malaysia.

Bila mulanya pameran MAHA 2016? Untuk pengetahuan anda, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tarikh Pameran MAHA 2016

Tarikh Pameran MAHA 2016

MAHA 2016 yang akan diadakan selama 11 hari ini untuk difokuskan khususnya kepada pelancongan tani, gaya hidup agro, perdagangan dan inovasi teknologi terkini. Lebih-lebih lagi untuk memfokuskan sebanyak 30 peratus daripada golongan usahawan muda yang terbabit menerusi Agro Youth.

Pameran MAHA 2016

Tarikh : 1 – 11 Disember 2016
Tempat : MAEPS Serdang, Selangor
Tema : Our Food Our Future
Maskot Rasmi : Upin Ipin

MAHA 2016 akan turut membuka sebanyak 1500 gerai pameran yang membabitkan pelbagai agensi tempatan termasuk swasta di Malaysia dengan penyertaan daripada luar negara.

Terdapat beberapa tarikan utama MAHA 2016 iaitu :

  • Seminar perniagaan
  • Bengkel
  • Pelancaran produk
  • Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  • Agro bazaar
  • Pelancongan tani
  • Persembahan kebudayaan
  • Demonstrasi masakan

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

Di kesempatan ini, diharapkan Pameran MAHA 2016 yang dianjurkan pada kali ini lebih meriah dan menarik. Untuk info yang lebih banyak, anda boleh layari laman web rasmi MAHA.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment