≡ Menu




Jadual Gaji Penjawat Awam 2016

Bagi penjawat awam dan juga kakitangan awal, berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia.

Merujuk Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2016 Penjawat Awam yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Jadual Bayaran Gaji Bulanan.
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam(pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN SEKTOR AWAM BAGI TAHUN 2016

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Januari 21.1.2016 Khamis
Februari 25.2.2016 Khamis Tahun Baru Cina 8, 9 Februari
Mac 24.3.2016 Khamis
April 25.4.2016 Isnin
Mei 24.5.2016 Selasa Pesta Keamatan 30, 31 Mei
Jun 23.6.2016 Khamis Hari Gawai 1, 2 Jun
Julai 25.7.2016 Isnin Hari Raya Aidilfitri 6, 7 Julai
Ogos 25.8.2016 Khamis
September 22.9.2016 Khamis Hari Raya Aidiladha 12 September
Oktober 20.10.2016 Khamis Hari Deepavali 29 Oktober
November 24.11.2016 Khamis
Disember 20.12.2016 Selasa Hari Krismas 25 Disember

Info Tambahan

Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali Lampiran jadual pembayaran di atas merangkumi satu tarikh gaji untuk semua negeri Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Untuk lampiran jadual serta tarikh pembayaran gaji secara berasingan (Separate Cycle) dan tarikh pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari pada tahun 2016, boleh rujuk melalui judul pautan surat pekeliling Jabatan Akautan Negara Malaysia yang disertakan dibawah.

Anda juga boleh download
 Baca atau muat turun (download) surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (PDF)

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment