≡ Menu




Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal 2016

melihat-anak-bulanBagi tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah.

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan, melalui radio dan televisyen

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Tarikh Dan Lokasi Tengok Anak Bulan Syawal 2016

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Syawal pada 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah

Negeri Lokasi
Perlis Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Kedah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
Selangor Bukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri Sembilan Telok Kemang, Port Dickson
Melaka Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Johor Pontian Kecil
Pahang Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
Terengganu Bukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan Bukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Sarawak Tanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Sabah Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Labuan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

P/S : Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kami ucapkan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment