≡ Menu




Tarikh Dan Lokasi Festival Floria Diraja Putrajaya 2016

Untuk kali ini Penganjuran festival bunga yang terbesar di Malaysia akan kembali lagi pada musim cuti persekolahan tahun 2016 ini.

Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengna kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Festival Bunga Dan Taman Diraja Putrajaya yang dikenali juga sebagai Festival Floria Diraja Putrajaya (Penganjuran festival bunga dan taman terbesar di Malaysia (Putrajaya)(Royal FLORIA Putrajaya 2016) bermula dari 27 Mei sehingga 4 Jun 2016.

flori

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016

Berikut adalah serba sedikit maklumat penting berkenaan Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 iaitu tarikh, lokasi dan aktiviti. 

  • Tarikh : 27 Mei hingga 4 Jun 2016
  • Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
  • Lokasi : Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Koordinat GPS : 2°54’46.1″N 101°40’44.1″E (2.912806, 101.678917)
  • Tema : Magical World of Floria (Tahun 2015 – Alunan Pancarona)
  • Bunga Tema : Bunga kekwa atau Chrysanthemum (Tahun 2015 – Bunga Lili)
  • Anjuran : Perbadanan Putrajaya
  • Diuruskan Oleh :  Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB)
  • * Akan dikemaskini dari masa kesemasa
    Tiket masuk (early bird sehingga 25 May 2016) 
    RM6.00 Dewasa MyKad (Harga asal RM7.50)
    RM2.50 Kanak-kanak MyKid
    / Senior citizen/ Disabled (Harga asal 3.50)
    Magical Garden :
    RM10.50 Dewasa MyKad
    RM5.50 Kanak-kanak MyKid
    / Senior citizen/ Disabled
    • Pembelian Tiket: Kaunter tiket di pintu masuk atau melalui pembelian melalui Putrajaya Mobile Apps application
floria2

Pada tahun lepas, penyertaan peserta antarabangsa adalah melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Dan buat pertama kalinya juga pada tahun 2015, Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk telah dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi taman Eropah pada musim sejuk beserta salji

Penganjuran
Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 yang masuk edisi kesembilan akan mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan bakal ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar. Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Cara Hubungi 

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah senarai maklumat penting mengenai penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.
Facebook : Floria Putrajaya

P/S : Jangan lepaskan peluang bersama kami disana nanti.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment