≡ Menu




Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Melalui Bajet 2017, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan masih mengekalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 dengan kenaikan jumlah bayaran bagi setiap kategori. Tambahan lagi, turut diperkenalkan kategori baharu BR1M iaitu program e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050.

Manakala isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000, BR1M dinaikkan daripada RM950 kepada RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM750 kepada RM800. Untuk individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, telah meningkat daripada RM350 kepada RM400. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, sebanyak RM1,000 akan diberikan dan diteruskan bayaran.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

● Pendapatan Isi Rumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050

1. Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2017
2. Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2017
3. Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2017
4. Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2017

● Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000: RM1000

1. Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2017
2. Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2017
3. Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2017
4. Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2017

● Kategori Isi Rumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800

1. Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2017
2. Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2017
3. Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2017

● Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

RM400 pada 28 Januari 2017

Dengan bayaran BR1M 2017 ini dapat meringankan bebanan penerima yang kini menanggung kos sara hidup yang tinggi dek kerana ekonomi negara yang kurang stabil.

Cara kemaskini br1m 2017 disini.

Pada kesempatan ini, diharapkan informasi ini disebarkan agar penerima di luar sana tahu akan tarikh pembayaran BR1M 2017 yang bermula pembayaran Januari tahun hadapan. Selamat berbelanja!

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment