≡ Menu




Tanda-Tanda Anda Perlu Cari Kerja Baru

tanda harus berhenti kerjaRamai yang merungut dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, terutamanya pekerja dari sektor swasta terpaksa bergelut dengan bidang kerja yang diceburi meskipun suasana di tempat kerja itu memberi kesan psikologi terhadap diri sendiri.

Namun apakan daya mengambil tindakan untuk berhenti dan mencari pekerjaan lain bukanlah suatu keputusan yang tepat dalam tempoh ini kerana pastinya akan mendatangkan masalah untuk mendapat kerja baharu kelak.

Bagaimana pun, kalau melangkah ke tempat kerja itu umpama memasuki zon “berbahaya” seperti perlu berhadapan tekanan kerja dan ketua yang garang pastinya akan berhenti juga kerana kesabaran manusia ada batasnya.

Disenaraikan adalah tanda-tanda yang akan memungkinkan mencari pekerjaan baru.

1. KEADAAN PERSEKITARAN

Persekitaran tempat kerja makin tidak seronok dan menyenangkan ditambah rakan yang tidak menyokong, pastinya membuatkan diri dalam keadaan tertekan malah lebih drastik melihat wajah individu itu.

2. BOSAN DENGAN KERJA

Tiba-tiba rasa ini wujud dalam diri membuatkan rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang tidak suka. Rasa bosan dijadikan alasan untuk lakukan tugasan kerja ala kadar sahaja.

3. DIPINGGIRKAN OLEH RAKAN SEKERJA

Tidak semena-mena perkara ini berlaku meskipun telah bertahun berkerja di tempat itu, dipinggirkan rakan kerja sehingga rasa seperti orang luar tanpa diketahui sebab dan puncanya.

stress

4. RASA TERTEKAN YANG NEGATIF

Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan , ada baiknya cari pekerjaan baru.

5. TIADA PELUANG UNTUK MENONJOLKAN BAKAT ATAU KEBOLEHAN

Bakat yang ada dalam diri itu tidak dapat ditonjol dan diperkembangkan kerana pihak pengurusan “buat-buat” tidak “nampak” kebolehan itu walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh malah cadangan tidak pernah diterima pakai.

6. TIADA KENAIKAN GAJI DAN PANGKAT

Tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan? Justeru itu janganlah buang masa dan pergilah tempat yang boleh memberikan peluang-peluang yang didambakan.

7. KERJA YANG MEMBUATKAN HILANG ASAS KEHIDUPAN

Terpaksa mengabdikan diri dengan kerja dan kebanyakan masa dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama orang-orang tersayang.

Kesimpulannya, jika tidak mengatasi masalah ini dengan sewajarnya ia akan memberi kesan gejala seperti simptom perasaan, pemikiran, tingkah laku dan tindak balas fizikal.

Antara simptom perasaan ialah mudah berasa terganggu menyebabkan seseorang cepat marah, risau, resah, takut, mudah menangis dan kurang keyakinan diri.

 

P/S : Semoga perkongsian ini dapat dikongsi bersama-sama.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment