≡ Menu




Tajuk Soalan Bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2016

Untuk info, Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2016 (SPM Ulangan) pada 3 Mei 2016 dan boleh dimuat turun sehingga 6 Jun 2016 menerusi Makluman Rasmi KPM.

tema umum

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan2016 :-

  • Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawakdan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi. Calon boleh memuat turun tema dan arahan dalam PDF bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016 di LP MOE.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 Tahun 2015

1. SPM 2015 (November)

Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk :-

  • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Tema Umum  yang diberi adalah sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (U) 2015

Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah  

  • Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah inidan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

tema umum sejarah 2015

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.

P/S : Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah tahun 2016 nanti. Semoga berjaya.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment