≡ Menu

Syarat dan Borang Permohonan Rumah Bina Negara RISDA

Syarat dan Borang Permohonan Rumah Bina Negara RISDA disini. Sila download , isi dan hantarkan borang permohonan anda sekarang.

rumah-bina-negara-risda

Anda perlukan rumah pertama untuk didiami? Tidak dinafikan lagi masa kini rumah sangatlah penting, berguna dan beraset lebih-lebih lagi kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah yang baru. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan satu projek yang dinamakan sebagai Rumah Bina Negara (RBN).

Rumah Bina Negara yang diperkenalkan kepada rakyat untuk menyediakan perumahan Generasi Kedua Luar Bandar yang mencukupi dan meningkatkan pemilikan aset. Tambahan lagi, ia diwujudkan bagi membantu golongan sasar daripada umur 18 tahun hingga 45 tahun untuk memiliki rumah sendiri.

Ini kerana rumah yang di tawarkan hanya serendah RM250.00 sebulan dibayar secara ansuran dan tidak memerlukan penyata gaji (slip gaji). Sebenarnya kos Rumah Bina Negara RISDA adalah sebanyak RM65,000, di mana subsidi sebanyak RM20,000 diberikan oleh kerajaan kepada yang layak.

Permohonan Rumah Bina Negara RISDA

Bagi pemohon yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk membuat permohonan, baca selanjutnya. Untuk makluman, rumah ini mempunyai keluasan 700 persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Siapakah yang layak memohon? Apa kriteria untuk pemohon buat permohonan?

Syarat Permohonan Rumah Bina Negara

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur daripada 18 tahun sehingga 45 tahun

3. Pasangan yang sudah berkahwin

4. Generasi Kedua Pekebun Kecil

5. Tidak memiliki rumah sendiri

6. Bermastautin di kampung

7. Mempunyai penyata bank / slip gaji / pengesahan oleh Pemimpin Tempatan

 

Borang Permohonan Rumah Bina Negara

Berikut antara borang-borang yang wajib diisikan oleh pemohon, anda boleh memuat borang di sini:

Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Borang Perakuan Pendapatan Pemohon

Borang Akujanji Pemohon

Jika ada sebarang persoalan atau kurang faham apa yang perlu dilakukan, pemohon boleh menghubungi nombor telefon tertera :

TEL : 03-42564022 , FAX : 03-42576726

Atau boleh emailkan di webmaster@risda.gov.my

Diharapkan semoga pemohon Rumah Bina Negara (RBN) dapat membuat permohonan dengan betul dan jayanya untuk memiliki rumah sendiri. Sebarkan informasi ini agar bakal yang mahu memohon RBN dapat mengaplikasi ilmu ini untuk kegunaan anda.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment