≡ Menu




Harga dan Spesifikasi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

Tahu harga dan spesifikasi iPhone 7? Bilakah tarikh keluaran iPhone 7 dipromosikan secara umum? Untuk makluman, Smartphone terbaru keluaran Apple iaitu iPhone7 telah dilancarkan secara rasmi di US pada 8 September 2016. 

Spesifikasi iphone 7 dan iphone 7 plus

Pasti ramai peminat telefon pintar di Malaysia ingin tahu harga dan spesifikasi iPhone 7 yang baru ini. Kehadiran iPhone 7 ini bakal memberi saingan sengit dengan model Samsung Galaxy Note 7 yang telah berada di pasaran lebih awal dari iPhone 7.

Sebelum pelancaran iPhone 7, syarikat jenama Apple itu telah melancarkan iPhone SE pada Mac 2016 yang lalu. Dibandingkan harga iphone 7 di Malaysia adalah berbeza dengan harga di Amerika Syarikat atas beberapa faktor seperti kadar tukaran wang asing. Varian 128GB dan 256GB telah diperkenalkan selain kapasiti sediada 32GB bagi membolehkan pilihan lebihan setoran buat pengguna. 

Senarai Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang penulis kongsikan dari Laman Web Apple Malaysia.

iPhone 7
32 GB : RM3,199

128 GB : RM3,699

256 GB : RM4,199

IPhone 7 Plus 
32 GB : RM3,799

128 GB : RM4,299

256 GB : RM4,799

Spesifikasi iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus

Berikut penulis kongsikan secara ringkas spesifikasi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus :-

  • Warna : Rose Gold, Gold, Silver, Black, Jet Black. Warna Jet Black eksklusif hanya untuk varian 128 dan 256GB
  • Kapasiti : 32GB, 128GB dan 256GB
  • Display : 4.7 inci Retina HD (iPhone7) & 5.5 inci Retina HD untuk iPhone 7 Plus
  • Kamera : 12MP hadapan dan 7MP belakang
  • RAM : 2GB
  • Operating System : iOS10 
  • Tiada lagi Audio-Jack dan digantikan dengan port Lightning
  • Stereo Speaker
  • Cip Pemprosesan : Apple A10 Fusion

Untuk mengetahui spesifikasi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan lebih lengkap boleh dirujuk di Apple.com.

Bagi peminat Apple, kelancaran iPhone 7 di Malaysia adalah pilihan terbaik anda untuk mencubakannya. Semoga adanya informasi ini menjadi panduan untuk anda membeli smartphone iPhone 7 dengan harga yang sebenar dan tidak ditipu oleh para penjual.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment