≡ Menu




Panduan Ringkas Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

ringkas

Setelah kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan tiba masanya kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Disamping itu juga kita juga perlu menunaikan Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

LAFAZ NIAT

Niat-Solat-Sunat-Hari-Raya

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala


CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Rakaat Pertama

  1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  4. Membaca surah al- Fatihah
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua

MUAT TURUN (DOWNLOAD) PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Untuk memuat turun, klik pada judul pautan: PDF Lampiran Teks Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Kepada yang berminat untuk belajar lafaz niat solat jumaat dan solat fardhu lima waktu sila klik link ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment