≡ Menu

Senarai Universiti Awam IPTA di Malaysia

Anda tahu berapa jumlah Universiti Awam yang ada di Malaysia? Untuk makluman, Universiti Awam adalah universiti yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. UA dahulunya dipanggil sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis kumpulan UA iaitu, Universiti Penyelidikan, Universiti berfokus, dan juga universiti komprehensif.

Senarai universiti awam malaysia

Dalam entri ini penulis akan kongsika. mengenai senarai Universiti Awam UA dalam negara Malaysia. Untuk pengetahuan, universti penyelidikan adalah kumpulan universiti yang lebih khusus kepada penyelidikan. Kebiasaannya universiti ini mempunyai bilangan pelajar master serta kedoktoran yang tinggi.

Manakala universiti berfokus pula adalah universiti yang fokus kepada jurusan tertentu sahaja sebagai contoh teknikal, pengurusan, pertahanan dan pendidikan. Kemudian, universiti komprehensif pula adalah universiti yang menawarkan pelbagai jurusan.

Senarai Universiti Awam UA di Malaysia

Universiti Penyelidikan

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Berfokus

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Komprehensif

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Semoga adanya informasi ini memberikan panduan dengan lebih jelas apa beza antara universiti yang ada di Malaysia. Baiknya akan memudahkan anda untuk membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan Malaysia. Buat masa ini sudah terdapat 20 Universiti Awam yang ada di Malaysia antaranya iaitu 11 Universiti Berfokus, 5 Universiti Penyelidikan dan juga 4 Universiti Komprehensif. 

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment