≡ Menu




Senarai Penuh Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil

Adakah anda seorang lepasan SPM atau Sijil dan berminat untuk memohon pekerjaan di perkhidmatan awam atau lebih dikenali sebagai kerajaan (SPA)?.

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar lepasan SPM/ Sijil. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pengajian tinggi melalui UPU Online/ sebagainya boleh mengenalpasti apakah program pengajianyang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.

spa lepasan spm

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online

Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-

  1. Ijazah/ Sarjana/ PHD
  2. Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
  3. SPM SPMV SPM (V) & Sijil
  4. PMR
  5. Kelayakan Bakat
  6. Latihan Separa Perubatan
  7. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dipohon Oleh Lulusan SPM/ Sijil

Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon lepasan SPM/ SPMV/ SPM (V) dan Sijil.

BIL JAWATAN
1 Juruaudio Visual Gred N17
2 Pembantu Keselamatan Gred KP17
3 Pembantu Perpustakaan Gred S17
4 Jurubahasa Gred L17
5 Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
6 Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
7 Jurulatih Kawad Gred S17
8 Pembantu Laut Gred A17
9 Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
10 Jururawat Masyarakat Gred U19
11 Pembantu Makmal Gred C17
12 Pembantu Syariah Gred LS17
13 Juruteknik Komputer Gred FT17
14 Pembantu Makmal Filem Gred C17
15 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
16 Juruteknik Perubatan Gred U19
17 Pembantu Meteorologi Gred C17
18 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
19 Laskar Kelas II Maritim Gred XA1
20 Pembantu Muzium Gred S17
21 Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
22 Merinyu Tali Air Gred J17
23 Pembantu Pegawai Latihan Gred E17
24 Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
25 Pegawai Bomba Gred KB17
26 Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional
27 Pemeriksa Cap Jari Gred N17
28 Pegawai Imigresen Gred KP17
29 Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
30 Pemeriksa Kereta Motor Gred A17
31 Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
32 Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
33 Pengajar Membalak Gred G17
34 Pegawai Penjara Gred KX17
35 Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17
36 Pengawal Keselamatan Gred KP11
37 Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA17
38 Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J17
39 Peniup Kaca Gred N1714.Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA17
40 Pembantu Pemuliharaan Gred S17
41 Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
42 Pembantu Akauntan Gred W17
43 Pembantu Pendaftaran Gred KP17
44 Penyelia Asrama Gred N17
45 Pembantu Antidadah Gred S17
46 Pembantu Penerangan Gred S17
47 Penyelia Jurupakaian Gred N17
48 Pembantu Arkib Gred S17
49 Pembantu Penerbitan Gred N17
50 Renjer Hutan Gred G17
51 Pembantu Belia dan Sukan Gred S17
52 Pembantu Penguasa Kastam Gred W17
53 Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
54 Pembantu Penguatkuasa Gred N17
55 Pembantu Geosains Gred C17
56 Pembantu Penilaian Gred W17
57 Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
58 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17
59 Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
60 Pembantu Penyelidik Gred Q17
61 Pembantu Juruaudit Gred W17
62 Pembantu Penyelidik Sosial Gred N17
63 Pembantu Kemahiran Gred H17
64 Pembantu Perangkaan Gred E17
65 Pembantu Kesatria Gred S17
66 Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S17
67 Pembantu Perikanan Gred G17

Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM

Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan berikut:

  1. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
  3. Pembantu Kesatria Gred S17
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

P/S : Semoga pilihan anda tidak salah semasa melakukan permohonan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment