≡ Menu




Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bagi Tahun 2016/2017

Untuk info, bagi adik-adik yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 6 bagi tahun 2016/2017. Semakan keputusan tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan enam (6) sesi 2016/2017 dijangka boleh dibuat mulai minggu kedua (2) pada bulan April 2016.
Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6

Keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh di semak menerusi aplikasi semakan di sudut E- Perkhidmatan Berkala, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebagai makluman, tarikh sebenar untuk membuat semakan berkenaan juga akan diumumkan di Portal Rasmi Pendidikan Malaysia (KPM) melalui ruangan pemberitahuan

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bagi Tahun 2016/2017

Dalam pada itu, calon boleh mengikuti ringkasan kemaskini berkaitan tarikh dan cara untuk membuat semakan menerusi ruangan yang disertakan seperti berikut

Perkara Butiran Dan Pautan Semakan Tawaran Tingkatan 6
Tarikh Rasmi Semakan Tawaran
Diumumkan (Dibuka)
Mulai 14 April 2016 (Khamis)
Tarikh-Rasmi
Pautan Laman Sistem Aplikasi
Semakan Dan Cetakan Tawaran
Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2016 Dan E-Rayuan

Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan atau maklumat lanjut dalam laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Tarikh Tutup Sistem Semakan 27 Mei 2016
Semakan Guna Sistem
Pesanan Ringkas (SMS)
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Portal Rasmi KPM http://www.moe.gov.my

Dikemasikini :-
14 April 2016 – Khamis (12.10 PM)

Syarat am (kecuali pelajar bekeperluan khas) adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Info Penting
Calon lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam tahun 2016 tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu sebaliknya akan layak dan ditawarkan secara automatik
Semakan tawaran (pelajar terpilih) serta cetakan surat tawaran bagi calon yang ditawarkan ke tingkatan 6 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam yang dibuka kepada capaian calon
Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Tingkatan Enam
Bagi melayakkan pelajar ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14
Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2016
Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sila klik
Maklumat Lengkap Kemasukan Ke Tingkatan 6

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6
Calon yang tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke tingkatan enam boleh membuat permohonan rayuan. Permohonan rayuan boleh secara online dengan menggunakan sistem aplikasi semakan yang sama ataupun calon boleh membuat rayuan dengan melengkapkan
Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2016
.Sila pilih borang yang berkaitan dengan calon dan ikuti panduan mengisi borang dan tindakan seterusnya sepertimana yang disertakan.Keterangan lanjut seperti penukaran jurusan atau sebagainya berkaitan dengan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2016.
Jawapan Kepada Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan 6
Keputusan permohonan rayuan dijangka diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016.

Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6
Berikut adalah info berkaitan dengan semakan keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan enam 6 tahun 2016

Perkara Butiran Semakan Rayuan Tingkatan 6
Tarikh Rasmi
Semakan Rayuan
Diumumkan (Dibuka)
Jangkaan minggu kedua bulan Jun 2016
Tarikh sebenar akan dimaklumkan
Laman Aplikasi Sistem Semakan Keputusan
Rayuan Dan Cetakan Tawaran
Akan disertakan bermula pada hari keputusan tawaran diumumkan
Tarikh Tutup
Sistem Semakan
Semakan Guna SMS Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No KP dan hantar ke 15888

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

>Maklumat lain
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut berkaitan dengan kemasukan ke tingkatan 6 tahun 2016, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

P/S : Kemaskini maklumat selanjutnya turut akan dibuat oleh pihak kami bagi melengkapkan semua kandungan informasi dalam halaman ini. Harap maklum

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment