≡ Menu

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS ok? Wajib untuk kita mencari perkara yang halal sahaja dalam kehidupan harian kita.

semakan-status-halal-jakim-online-dan-sms

Pernah anda tahu kini pengguna boleh membuat semakan status halal JAKIM Online dan SMS? Apakah maksud halal? Secara lahiriahnya, umat Islam memerlukan makanan atau minuman yang halal dari segi syarak yang telah ditetapkan. Justeru itu, Islam amatlah menitikberatkan umatnya agar senantiasa melakukan perkara dan mencari rezeki dari sumber yang halal.

Untuk memudahkan para pengguna di Malaysia khususnya orang Islam untuk mengetahui status halal yang terdapat dalam makanan dan minuman yang tidak diyakini sumbernya. JAKIM telah menyediakan satu akses di mana pengguna boleh membuat semakan status halal JAKIM secara online dan menerusi SMS. Bagaimana caranya?

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Berikut membuat semakan status halal JAKIM secara online dan SMS:

Semakan Status Halal Melalui Online:

● Pertama kali, anda perlu masuk ke portal halaman rasmi Halal Malaysia dan terus ke Direktori Halal. KLIK SINI

● Selepas itu, masukkan kata kunci (keyword) di dalam ruang maklumat carian, dan klik butang cari.

● Kemudian, terpapar hasil carian mengenai kategori Syarikat di Malaysia. Nama dan alamat syarikat beroperasi dan tarikh luput sijil halal JAKIM akan turut disenaraikan dalam hasil carian.

● Skop carian boleh diperincikan mengikut negeri. Teliti logo halal yang disahkan oleh JAKIM.

Semakan Status Halal Melalui SMS:

● Taipkan, HALAL <jarak> SEMAK <jarak> Nombor Pendaftaran Syarikat

● Selepas itu, hantar ke 15888

“CONTOH: HALAL SEMAK 152477T dan hantarkan ke 15888”

Dengan adanya sistem online dan SMS mengenai semakan status halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ia telah memudahkan para pengguna menyemak dengan cepat dan mudah. Semoga informasi ini memberi pengetahuan dan membantu anda membuat semakan. Jangan lupa kongsikan ilmu ini kepada pengguna di luar sana yang masih tidak tahu akan perkara ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment