≡ Menu

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Tahu bagaimana hendak menyemak nama yang diblacklist PTPTN? Anda mungkin nak tahu adakah nama anda sebagai peminjam PTPTN telah disenaraihitamkan. Dengan dunia yang semakin canggih tanpa sempadan, internet telah meluas berkembang yang memudahkan pengguna mendapatkan maklumat menerusi atas talian (online) antaranya seperti semakan blacklist PTPTN.

Melalui sistem online PTPTN, anda telah boleh menyemak status pinjaman PTPTN dengan mudah dan pantas. Jika anda sebagai peminjam gagal membuat bayaran semula PTPTN akan menyebabkan nama anda disenaraihitamkan sekaligus anda tidak dibenarkan berhijrah atau melancong di luar negara. Di mana, anda akan disekat oleh Jabatan Imigresen Malaysia ketika di lapangan terbang.

Cara Semakan Senaraihitam PTPTN Online

Berikut di bawah cara mudah untuk menyemak nama anda untuk semakan blacklist PTPTN secara online:

Semakan Sistem Online

● Anda boleh buat semakan, klik di sini.

● Atau Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia melalui pautan klik di sini.

 

Untuk mengelak nama anda disenaraihitamkan PTPTN, peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan. Lebih cepat anda lunaskan bayaran PTPTN semula lagi baik. Anda boleh dapatkan makluman lebih lanjut, boleh hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Jika nama anda telah disenaraihitamkan, peminjam boleh buat rundingan untuk menjelaskan amaun atau jumlah yang dipersetujui dalam masa tujuh hari sebelum bertolak ke negara luar dan memaklum kepada PTPTN selepas bayaran itu dilunaskan.

Bagi mereka yang ingin ke luar negara sila lakukan semakan online senarai hitam ke luar negara di sini.

Semoga informasi ini memberi anda kesedaran kepada peminjam yang masih tertunggak untuk membayar semula pinjaman PTPTN dengan kadar segera. Dengan lebih awal anda bayar, kemungkinan caj atau cukai dapat dikurangkan. Sebarkan info ini untuk kegunaan semua.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment