≡ Menu




Semakan Keputusan PT3 2016

Untuk pengetahuan, pelajar PT3 dijangka boleh buat semakan keputusan PT3 2016 secara rasmi pada 12 Disember 2016 yang akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tarikh yang dikeluarkan. Untuk makluman, keputusan PT3 2016 diumumkan pada jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan.

Cara Semakan Keputusan PT3 2016

Untuk makluman sebenarnya pelajar Pertaksiran PT3 tidak boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka kerana tidak disediakan perkhidmatan menyemak keputusan PT3 secara atas talian (online) dan SMS.

Keputusan peperiksaan itu hanya boleh diambil di sekolah masing-masing pada tarikh dan masa yang diumumkan keputusan PT3.

Pelajar yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 2016 boleh kemukakan penyemakan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman. Anda boleh dapatkan borang penyemakan di sekolah masing-masing.

Semoga pelajar PT3 2016 mendapat keputusan yang terbaik sekaligus membanggakan ibu bapa anda serta memudahkan anda untuk membuat permohonan ke sekolah menengah atas di SBP atau MRSM 2017.

Selain itu, anda boleh semak keputusan PT3 melalui sistem ini –> saps ibu bapa

Saps ibu bapa menyediakan khidmat semakan keputusan peperiksaan secara online tanpa sebarang gangguan. InsyaAllah semoga anda mendapat keputusan yang baik. Sila share dan sebarkan artikel ini terima kasih.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment