≡ Menu




Semakan Permohonan Mykad dan MyKAS Secara Online

Anda tahu kini pemohon kad pengenalan boleh menyemak status permohonan Mykad, MyPR dan MyKAS anda dengan mudah menerusi online atau sistem pesanan ringkas(SMS). Kemudahan terbaru ini yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memudahkan pemohon tidak lagi perlu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyemak status semasa permohonan MyKad, MyPR atau MyKAS anda.

Semakan Status Permohonan Mykad Secara Online

Semakan Status Permohonan Mykad, MyPR atau MyKAS Secara Online dan SMS

Berikut penulis ingin kongsikan bagaimana caa membuat semakan status permohonan anda secara online melalui laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara dan menerusi SMS :-

Semak Status Permohonan Secara Online

● Pemohon hanya perlu layari ke laman web http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/

● Setelah itu, anda perlu masukkan no. kad pengenalan sendiri seperti contoh 650741033123

● Masukkan captcha dan tekan butang “Semak”

● Setelah klik butang Semak dan selesai.

Semakan Status Permohonan Mykad, MyPR atau MyKAS melalui SMS

● Anda hanya taip JPN <jarak> MyKad <jarak> No Kad Pengenalan

Hantarkan SMS ke 15888

Contoh:-

👉JPN MyKad 760213129901

Dikenakan caj penghantaran sebanyak RM 0.15 dan caj penerimaan sebanyak RM0.20.


Diharapkan dengan informasi ini tentang cara menyemak status permohonan MyKad secara online dengan lebih mudah dan jimatkan masa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment