≡ Menu

Semakan Online Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara

Mungkin diantara kita ingin melancong ke luar negara jika mempunyai dana untuk bercuti kan?Sebelum itu jangan lupa pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap. Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysiayang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Senarai Hitam PTPTN – Klik PTPTN. Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.

imigresen blacklist

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).

Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.

semakan senarai hitam imigresen

Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

P/S : Semoga applikasi ini membantu anda untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum ke luar negara.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment