≡ Menu




Semakan Online Nama Peminjam PTPTN Blacklist CTOS Dan CCRIS

andaUmum kita tahu, mana-mana individu yang gagal membuat pembayaran balik bagi pinjaman PTPTN akan disenarai hitam daripada membuat segala pinjaman dan juga ke luar negara. Dua syarikat terlibat untuk menghalang apa-apa transaksi yang anda lakukan iaitu CTOS dan CCRIS. Anda dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status bagi mengetahui sama ada benar-benar terlibat dengan masalah berkenaan

Apa yang Government.my lihat di internet ramai individu menggunakan ruangan komen di blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS dengan mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti no kad pengenalan

Untuk makluman tindakan itu adalah kurang bijak kerana pihak atau admin blog itu tidak dapat membantu anda bagi membuat semakan sama ada nama anda sebagai peminjam atau penjamin di senaraihitamkan melainkan anda sendiri yang berusaha dengan berhubung dengan pihak atau agensi terlibat melalui saluran yang betul

Sekiranya anda memberikan butiran penting identiti, contohnya seperti nama penuh, alamat, no telefon, atau no kad pengenalan di ruang komen tersebut, secara tidak langsung ia terdedah kepada umum dan ia akan membuka peluang pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi dan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda

Terdapat beberapa kes, dimana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya untuk menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu

Dari mana mereka mendapat butiran maklumat untuk menghubungi anda?, salah satunya adalah daripada sikap ambil mudah anda dengan mendedahkan maklumat tersebut seperti yang kami nyatakan sebelum ini

Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan saluran yang betul untuk tujuan tersebut

CARA SEMAKAN NAMA PEMINJAM DAN PENJAMIN BLACKLIST CTOS CCRIS

Ctos-LogoBank-Negara-Malaysia-LogoSenaraihitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS
1. Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan
2. Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan
3. Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman yang terdahulu

 

Ctos-LogoSemakan CTOS
1. CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam
2. Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS
3. CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon
4. Jika ingin membuat semakan CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi alamat yang boleh didapati menerusi pautan

http://www.ctos.com.my/contact-us

Ataupun secara online melalui laman web rasmi CTOS di pautan
http://www.ctos.com.my/faq

 

Bank-Negara-Malaysia-LogoSemakan CCRIS
1. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan
2. Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh ‘bayaran cantik’ laporan yang direkodkan dalam data CCRIS itu akan menunjukan dia seorang pembayar hutang yang bagus maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada rekod, syarat dan kelulusan lain
3. Jika sebaliknya (rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus) peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) dikemaskini dalam data
4. Rekod CCRIS berkemungkinan boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai bank terbabit. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia
5. Sehubungan dengan itu, adalah lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS kerana di Bank Negara Malaysia disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci
6. Untuk maklumat cara permohonan semakan CCRIS, ia boleh didapati secara online sila layari judul pautan berikut

Maklumat Semakan CCRIS Laporan Kredit selain boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenainya atau rujuk

Cara Permohonan Mendapatkan Laporan Kredit

P/S : Cek dulu kalau nak booking tiket or nak beli rumah kan merana bila sudah disekat oleh pihak PTPTN.

P/S/S: Semak Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment