≡ Menu




Semakan Online Keputusan UPU 2016/2017

Semakan Online Keputusan UPU 2017Motif utama halaman ini diwujudkan adalah untuk memudahkan dan membantu calon-calon lepas SPM/ Setaraf dan STPM/ setaraf bagi memohon melanjutkan pelajaran ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2016/2017 untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keputusan status permohonan

Antara kandungan informasi yang akan dipaparkan hanya merangkumi tarikh penting serta hebahan keputusan diumumkan dan pautan saluran semakan keputusan juga cetakan tawaran

Disyorkan
Setiap pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat panggilan temuduga dan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2016/2017

 

Input
Informasi yang dinyatakan adalah mengikut bilangan peringkat dalam setiap butiran tarikh-tarikh penting bagi memudahkan calon membuat rujukan dan dimulakan dengan lepasan SPM / Setaraf diikuti dengan STPM / Setaraf atau yang mana-mana lebih awal berdasarkan turutan tarikh-tarikh penting
Tarikh yang tepat dan rasmi serta pautan (link) saluran semakan bagi setiap peringkat butiran aktiviti yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa atau selepas mendapat pengesahan

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU DAN TAWARAN IPTA SESI AKADEMIK 2016/ 2017 LEPASAN SPM / SETARAF

Result-UPU-2016-SPM-Setaraf

Semakan Keputusan Calon IPTA (UA) Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Lepasan SPM / Setaraf
Berikut adalah info untuk calon Lepasan SPM / Setaraf yang memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA) Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2016/2017

 

Bil Butiran Tarikh Penting Calon Lepasan SPM / Setaraf Tahun 2016
1. Semakan Panggilan Temu Duga Telah Ditutup
2. Hebahan Dan Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik Premier 16 Mei
3. Hebahan Dan Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Minggu ke 4 MEI
4. Sistem Permohonan Rayuan Dibuka (Untuk Calon Tidak Berjaya) 1 – 5 Jun
5. Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan Minggu ke 2 JUN

SMS-UPU-Result-2016-SPM

Tarikh Hebahan Dan Semakan Keputusan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA) / IPTA
Semakan keputusan permohonan UPU online kemasukan ke UA / IPTA bagi lepasan SPM/ Setaraf sesi akademik 2016/2017 akan diumumkan bermula pada tarikh 16 Mei 2016 sehingga 31 Mei 2016. Semakan keputusan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU mulai jam 12.00 tengah hari pada tarikh yang telah ditetapkan
Butiran saluran sistem aplikasi semakan secara atas talian (online) yang disertakan ini hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh 16 Mei 2016 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2016
A. Semakan Saluran Utama
Tunjuk Linkhttp://upu.mohe.gov.my
Pautan Alternatif (calon boleh membuat semakan melalui saluran berikut sekiranya Portal Rasmi UPU mengalami gangguan teknikal (sukar diakses) akibat capaian pengguna terlalu tinggi
https://intake.utm.my
http://jpt.ums.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.uum.edu.my
Capaian cetakan surat tawaran dan semakan keputusan melalui Portal Rasmi Universti Awam (UA)
Logo-USIMUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
umtUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)
Logo-UMPUniversiti Malaysia Pahang (UMP)
Logo-UnimapUniversiti Malaysia Perlis (Unimap)
Logo-UniszaUniversiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
Logo-UtemUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
  • Untuk pautan bagi Universiti Awam (UA) yang lain akan dikemaskini/ disertakan dari semasa ke semasa
  • Semakan Keputusan Permohonan UPU Online Secara SMS<
  • Taipkan: UPU (jarak) RESULT (jarak) NoKP dan SMS ke 15888
  • Bagi semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier, sila klik kepada judul pautan (link) info dibawah
Result-Permohonan-Poli-2016
Tunjuk LinkSemakan Panggilan Temuduga Dan Keputusan Politeknik 2016 Premier Konvensional METrO Ambilan JUN 2016

Dikemasikini :-
13 Mei 2016 – Jumaat
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU DAN TAWARAN IPTA SESI AKADEMIK 2016/ 2017 LEPASAN STPM / SETARAF

Result-UPU-2016-STPM-Setaraf

Semakan Keputusan Calon IPTA (UA) Lepasan STPM / Setaraf
Berikut adalah info untuk calon lepasan STPM / Setaraf yang memohon kemasukan ke ke IPTA Universiti Awam (UA) bagi sesi akademik 2016/2017

 

Bil Butiran Tarikh Penting Calon lepasan STPM / Setaraf Tarikh
1. Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI Minggu ke 3 MEI
2. Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) Minggu ke 2 JUN
3. Hebahan Dan Semakan Keputusan Minggu ke 2 OGOS
4. Sistem Permohonan Rayuan Dibuka (Untuk Calon Tidak Berjaya) Minggu ke 2 OGOS
5. Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan Minggu ke 4 OGOS

 

Semakan Panggilan Temu Duga
Semakan Panggilan Temuduga / Ujian Khas merujuk kepada permohonan bagi program pengajian yang memerlukan temuduga atau ujian khas sahaja
Objektifnya adalah untuk memilih atau mengenalpasti calon yang berkenaan mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi terhadap bidang pengajian yang dimohon selaras dengan tahap kebolehan / kesesuaian pencapaian akademik agar calon dapat mengikuti program pengajian yang dipohon itu dengan jayanya
Bagi calon yang terlibat sila klik pada judul pautan yang berkaitan seperti berikut
Logo-UTMSemakan Panggilan Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina Dan Sarjana Muda Sains (Pengurusan Ekuin) ke UTM Lepasan STPM/Matrikulasi
Logo-USIMUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Untuk panggilan temuduga bagi Universiti Awam (UA) yang lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Dikemasikini :-
3 Mei 2016 – Jumaat

Pautan Informasi Rasmi
Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

P/S : Semoga jadi panduan pada adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment