≡ Menu




Semakan Online E-Penyata Gaji Penjawat Awam

Satu kemudahan teknologi yang telah dibuat oleh kerajaan bagi menyemak penyata/ slip gaji atau menyalin data gaji bulanan buat penjawat awam yang boleh dirujuk di laman web Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM).

Anda juga boleh merujuk jumlah cuti tahunan terkini Kakitangan Kerajaan di Jadual Cuti Tahunan.
e-penyata

  • Jadual Gaji 2016 Kakitangan Kerajaan.
  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

E-Penyata Gaji/ Slip Gaji Online

E-Penyata Gaji Online ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.

Cara Buat Semakan e-penyata Gaji Online

Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan penyata gaji secara online:-

1) Pendaftaran Pengguna Baru

Kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sila buat pendaftaran dulu sebelum dapat menggunakan applikasi semakan ini. Klik pautan “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.

2) Menyemak Slip Gaji Online

Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan

  • Klik masuk ke Laman ANM
  • Pilih e-penyata Gaji & Laporan

Kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui E-Penyata Gaji Online.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui email dimaklumbalas@anm.gov.my atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.

Semoga E-Penyata Gaji Semakan Online ini bermanfaat dan dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti dan sebagainya.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment