≡ Menu

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2017

Adakah anda calon permohonan kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Sesi Januari 2017? Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan keputusan tawaran ke ILJTM yang membabitkan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang diwujudkan di bawah seliaan JTM iaitu 23 ILP, 8 ADTEC dan 1 JMTI. Anda tahu apa itu ILJTM ? Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Semakan Keputusan Permohonan Ke ILP ADTEC Dan JMTI 2017 Online

Di bawah ini adalah dikongsikan beberapa cara untuk membuat semakan keputusan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI bagi ambilan sesi Januari 2017 seperti berikut :

● Tarikh Semakan : 8 Disember 2016 pada jam 3.00 petang

● Untuk semakan, sila KLIK SINI.

● Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang ‘Semakan’.

Cara Buat Permohonan Ke ILP ADTEC Dan JMTI

Untuk makluman anda, ILJTM hanya akan membuka permohonan secara atas talian sebanyak dua kali dalam masa setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai.

ILJTM terdiri daripada:

● 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP)

● 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

● Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Kursus yang ditawarkan di ILJTM merupakan kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan,Diploma dan Diploma Lanjutan. Misi utama ILJTM adalah melahirkan tenaga manusia yang optimum menerusi program latihan kemahiran perindustrian.

Permohonan kemasukan iljtm 2017

Semoga anda berjaya mendapat permohonan kemasukan ke ILJTM sesi Januari 2017 yang ditawarkan kursus-kursus teknikal di Malaysia.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment