≡ Menu

Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas 2016

Calon berumur tidak kurang dari 21 tahun dan juga tidak melebihi 35 tahun yang telah mengemukakan permohonan KEMAS iaitu Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak melalui borang permohonan yang dibuka pada januari 2016 lepas akan mendapat maklum balas keputusan temuduga secara berperingkat mulai 20 april 2016 iniSemakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas 2016

Kami difahamkan hanya calon yang layak sahaja telah  dipanggil untuk temu duga manakala calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan untuk panggilan januari lepas permohonan dianggap tidak berjaya

Calon yang telah berjaya mendapat panggilan temuduga difahamkan akan mendapatkan makluman awal menerusi panggilan telefon oleh jabatan dan selanjutnya surat tawaran akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat anda.

Menerusi laman sesawang KEMAS pemohon yang berjaya dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak sahaja akan dipertimbangkan untuk berkhidmat di kemas. keterangan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di pautan http://www.kemas.gov.my

BIL Semakan Keputusan Temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska)
1 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa,Calon Sesi Temuduga Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) yang dijalankan bulan januari lepas boleh menyemak keputusan temuduga bermula pada 20 April 2016
2 Untuk membuat semakan keputusan temuduga calon, sila layari laman sistem semakan di pautan http://www.sistemkemas.com/spakk/semak.php

Pautan Semakkan Keputusan Temuduga Kemas
Pautan Facebook Official Kemas Terkini

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment