≡ Menu




Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online

Anda tahu kini boleh membuat semakan keputusan kenaikan pangkat guru secara online? Bagaimana cara untuk menyemak keputusan kenaikan pangkat secara online? Menurut sumber dari applikasi semakan KPM – Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat guru boleh di buat secara online.

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan kenaikan pangkat guru secara online :-


● Aplikasi semakan :https://naikpangkat.moe.gov.my/

NOTA PENTING:

1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.

2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.

3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.

4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).

Sebarang masalah semakan secara online atau ingin dapatkan maklumat lanjut bolehlah dialamatkan kepada ;

Cawangan Naik Pangkat,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 4, Blok E12 Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA .

Atau hubungi ;

Tel: 03-88847963/7863/7816

Email: cnp@moe.gov.my

Dengan adanya informasi memberi pengetahuan kepada guru-guru, anda kini boleh membuat semakan keputusan kenaikan pangkat secara online dengan lebih mudah.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment