≡ Menu




Baki Pinjaman PTPTN Semakan Online dan SMS

Baki Pinjaman PTPTN Semakan Online dan SMS disini. Cara semak baki pinjaman PTPTN secara online atau SMS yang betul.

semak baki ptptn

Untuk makluman anda khususnya kepada peminjam PTPTN? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan cara mudah kepada peminjam PTPTN untuk menyemak baki pinjaman secara atas talian (online) dan melalui SMS.

Kerajaan telah menyediakan PTPTN adalah memberikan satu kemudahan pinjaman untuk diberikan kepada para pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau pun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dengan adanya PTPTN, sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran dan perbelanjaan harian.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata governmentdotmy kongsikan Cara Membuat Semakan Baki PTPTN Secara Online Dan SMS khas buat pengunjung dan pembaca setia blog ini.

Cara Semakan Baki Pinjaman PTPTN

Berikut penulis ingin kongsikan beberapa cara untuk membuat semakan baki pinjaman bagi memudahkan para peminjam membuat pembayaran balik:

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online

  • Terlebih dahulu, anda hanya memasuki ke Laman Web PTPTN tertera iaitu http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
  • Selepas itu anda hanya “Klik Ikon Penyata Pinjaman”
  • Kemudian link “Klik PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pinjaman PTPTN anda
  • Akhirnya, klik “Semak”

Semak Baki Pinjaman PTPTN Melalui SMS

  • Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • Dan hantar SMS ke 15888

Untuk makluman, nombor pinjaman atau nombor pin boleh didapati dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan penerimaan SMS pula dikenakan caj RM0.20.

Diharapkan adanya artikel ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada para peminjam untuk buat bayaran balik dengan menyemak baki pinjaman PTPTN terlebih dahulu dengan hanya secara online dan SMS. Semoga informasi ini berguna kepada pembaca yang sudi membaca artikel ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment