≡ Menu




Panduan Semakan Saman JPJ Secara Online dan SMS

Panduan Semakan Saman JPJ Secara Online dan SMS. Zaman serba moden ini dengan teknologi pada hari ini yang telah memudahkan kita untuk mengetahui satu keputusan dengan hanya layari internet.

Kini, anda sebagai pengguna boleh membuat semakan saman JPJ hanya secara online dan juga melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menyemak saman terutamanya menerusi online. Mudah saja hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin disemak secara atas talian (online).

Terdapat tiga portal masa kini yang menyediakan servis perkhidmatan untuk menyemak saman trafik JPJ secara online menerusi sistem semakan online, myeg.com.my dan rilek.com.my. Mudah sahaja hanya menggunakan telefon pintar dah boleh tahu keputusan semakan anda.

Semak Saman JPJ Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan cara semakan JPJ secara online dan melalui SMS:

Melalui Portal Rasmi dari JPJ anda boleh buat semakan dengan hanya klik link ini kepada: Laman Web JPJ samada DENGAN MENGGUNAKAN No Kad Pengenalan anda atau No Kad Pengenalan dan No Plat Pendaftaran Kenderaan. Hanya mudah anda akan mengetahui keputusan dengan kadar segera.

Cara semak Saman JPJ Melalui SMS

Taipkan JPJ <Jarak> SAMAN <Jarak> [No Kad Pengenalan ataupun No Plat Kenderaan] dan hantarkan Ke 15888

  • Contoh: JPJ SAMAN 790701017622 Atau JPJ SAMAN JGK1234

Semoga artikel yang berinformasi ini mengenai cara semak saman JPJ online dan SMS boleh dijadikan panduan kepada pengguna agar dapat mengetahui keputusan dengan kadar segera. Diharapkan dapat berkongsi ilmu ini di luar sana.

Leave a comment

Comments on this entry are closed.