≡ Menu

Semak Kuputusan IPG 2016 Online

ANDA sudah memohon IPG 2016 (PISMP) tapi ingin mengetahui tarikh keputusan IPG diumumkan?Seperti yang sediamaklum permohonan Calon Guru IPG PISMP 2016 dahulunya adalah Maktab Perguruan akan ditutup pada 27 MAC 2016. Kini pemohon pasti menunggu dengan penuh debaran samada permohonan mereka berjaya atau gagal dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru yang mendidik pelajar-pelajar di sekolah.Oleh itu, nantikan Semakan Keputusan IPG PISMP 2016 Online yang akan diumumkan pada 6 Jun 2016 nanti.

Semakan Keputusan Permohonan PISMP Online

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga seperti panduan di link yang dikongsikan di bawah ini.

# Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG
# Contoh Soalan UKCG – INSAK

Semakan Keputusan IPG 2016 Secara Online

Mengikut kalendar aktiviti Program PISMP 2016, terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum pemohon diterima atau layak untuk memasuki IPG seperti berikut :-

# 1 hingga 14 April 2016 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
# 10 April hingga 15 April 2016 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
# 2 Mei hingga 19 Mei 2016 – Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
# 9 Mei hingga 20 Mei 2016 – Pelaksanaan Sesi temuduga IPG. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
# 6 Jun hingga 13 Jun 2016 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
# 13 Jun 2016 – Pendaftaran calon di IPG

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2016 Online

# Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2016 akan diumumkan di Applikasi semakan disini –> https://pismp.moe.gov.my/
# Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
# Tarikh semakan mulai 6 Jun hingga 13 Jun 2016

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :-

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

P/S : Pada bakal cikgu-cikgu, semoga berjaya membuat semakan keputusan IPG 2016Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2016 Online dan semoga anda semua berjaya memasuki profesion perguruan yang sungguh mulia ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment