≡ Menu




Panduan Cara Semak Bil Astro Melalui E-Billing

Tahu cara mudah membuat semakan bil Astro rumah anda atau premis perniagaan? Selain anda boleh menyemak bil Astro melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sebenarnya ada cara paling mudah dan ringkas untuk anda membuat semakan melalui E-Billing. Dengan adanya sistem online ini, pastinya memudahkan pengguna tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran bil Astro.

Hanya di hujung jari anda dah boleh semak bil Astro dan lakukan pembayaran dengan efisien. Jimat masa anda dan boleh lakukan perkara yang lain. Berikut langkah-langkah untuk menyemak bil Astro adalah seperti di bawah:

Cara Semak Bil Astro

~ Melalui E-Billing

1. Pertama kali anda perlu buka portal halaman https://www.astro.com.my/ebilling.

2. Di atas sekali portal, bahagian kanan anda akan lihat butang untuk ‘login’ dan ‘register’.

3. Sekiranya anda telah mempunyai Astro ID login masuk untuk menyemak bil Astro.

4. Jika belum lagi, anda perlu klik ‘register’ terlebih dahulu untuk pendaftaran dan masukkan butir-butir yang diperlukan.

Cara Baca Invois Dengan Mudah

Berikut adalah invois yang tertera di E-Billing Astro dan maklumat yang terperinci untuk kegunaan pelanggan:

A. Nama dan Alamat anda

B. Nombor pihak Astro yang boleh dihubungi

C. Maklumat invois (nombor akaun, tarikh invois, tempoh bil, dan nombor invois)

D. Jumlah Caj Tertunggak perlu buat bayaran segera untuk elakkan daripada sebarang gangguan perkhidmatan

E. Tarikh matang bagi penjelasan Caj Baru

F. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar

G. Kod cukai bagi GST

H. Cukai perkhidmatan yang kenakan untuk setiap perincian bil dalam tempoh perlaksanaan Cukai Perkhidmatan

I. Caj GST yang dikenakan untuk setiap perincian bil dalam tempoh perlaksanaan GST

J. Jenis cukai

K. Butiran mata ganjaran Astro Circle

1 – Baki bulan lalu

2 – Bayaran terakhir yang diterima bagi tempoh bulan lalu

3 – Jumlah caj semasa untuk langganan anda

4– Diskaun/rebat/pengecualian/penyelerasan dan prorata akan diperincikan di sini

a. Baki mata ganjaran Astro Circle (AC) terkumpul dari tempoh bil lalu

b. Mata ganjaran AC terkumpul bagi tempoh bil ini

c. Mata ganjaran AC yang terkumpul dari promosi istimewa

d. Mata ganjaran AC selepas penolakan dan penambahan

e. Jumlah mata ganjaran AC yang dimiliki untuk penebusan ganjaran

Kelebihan E-Billing Astro

  • Paling mudah dapat menjimatkan penggunaan kertas
  • Tiada lagi isu kelewatan mendapatkan bil disebabkan oleh penghantaran surat yang biasa
  • Boleh menyimpan semua rekod-rekod bil yang telah dihantar kepada pengguna
  • Boleh diakses bil-bil anda dengan mudah 24 jam sehari dan tidak kira jua mana anda berada

Itu saja perkongsian yang boleh dikongsikan untuk anda mengenai tips bagaimana cara mudah untuk menyemak bil Astro anda melalui sistem E-Billing. Semoga artikel ini dapat memudahkan para pengguna khususnya pengguna Astro agar dapat lakukan bayaran awal dan mengelakkan daripada servis tergendala.

P/s: Anda mencari jawatan kosong untuk diisi? Sila lawati homepage government.my sekarang dan isi permohonan kerja kosong dan dapatkan jawatan kosong yang anda inginkan sekarang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment