≡ Menu




Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal

Anda sudah buat permohonan baharu atau pengemaskinian BR1M 2017? Kalau sudah, pemohon perlu tahu apa sebab permohonan BR1M anda ditolak.

Br1m 2017

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini BR1M 2017 pasti berdebar-debar menunggu keputusan sama ada berjaya layak atau tidak menerima bantuan tersebut. Untuk makluman, sebahagian besar permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditolak adalah kerana berpunca daripada maklumat yang diberi tidak benar atau sahih.

Sebab Permohonan BR1M Ditolak Atau Gagal

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal :

● Pemohon silap isi borang dan maklumat tidak lengkap sama ada secara online atau manual (borang). 

● Memang tidak layak kerana pendapatan pemohon melebihi syarat BR1M 2017 itu sendiri.

● Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri atau suami dengan betul.

● Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain.

● Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda.

● Pemohon adalah penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

Diharapkan dengan informasi ini mengenai sebab-sebab permohonan BR1M moga-moga anda tidak ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment