≡ Menu




SAPS Ibu Bapa NKRA – Semakan Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa ok? Berikut adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah diperkenalkan dan dibangunkan oleh KPM.
SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah KPMKemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) berkenaan

SAPS IBUBAPA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK / JAGAAN TAHUN 2016

Ibubapa atau penjaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan melalui penerangan info yang dinyatakan dalam ruangan berikutnya :

SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar Tahun 2016
1. Layari laman portal rasmi SAPS, klik pada pautan berikut SEMAK SAPS IBU BAPA
2. Seterusnya klik pada butang menu berwarna ‘hijau’ iaitu SEMAKAN IBUBAPA (contoh seperti gambar diatas) yang terdapat pada laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
3. Kemudian Pengguna atau IbuBapa akan dibawa ke paparan halaman baru melalui judul pautan berikut
Sila Klik SAPS Semakan Ibubapa Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SAPS-Ibu-Bapa-TerkiniSeterusnya seperti gambar di atas, sila ikuti langkah mudah yang perlu dilakukan iaitu

Semak Slip Peperiksaan Pelajar Tahun 2016
✓Melengkapkan ruangan No KP atau sijil lahir
✓Tandakan pilihan sekolah dan pilih tahun peperiksaan
✓Kemudian klik pada ‘butang’ semak laporan
Untuk info, bagi Sekolah Rendah sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) dengan sempurna

TARIKH KEMASUKAN / KEMASKINI DATA UJIAN ATAU PEPERIKSAAN KE SISTEM SAPS TAHUN 2016

Info Tambahan
Jadual yang disertakan dibawah bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun 2016 adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan
Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan

Tarikh-2016-Update-Result-SAPS

GRED PEMARKAHAN TERKINI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2016

Gred Sekolah Rendah

gred2

Gred Menengah Rendah

gred1

Gred Menengah Atas

gred

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR PT3 Dan SPM
Untuk makluman kepada pengguna, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Bagi mereka yang mahu mendapatkan keputusan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Tindakan
Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut
Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas
Kemungkinan
Kemungkinan pengguna atau Ibu Bapa akan mengalami kesukaran untuk mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna keatas portal berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa yang sama
Ataupun portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem
Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa

P/S : Semoga menjadi panduan pada anda semua. Sila share di facebook, whatsapp dan google plus anda sebagai penghargaan kepada Government.My.

Terima Kasih. Lawati link dibawah khas untuk maklumat dan info yang lain berkaitan SAPS Ibu Bapa 2017.

Leave a comment

{ 1 comment… add one }
  • kosong nama November 18, 2016, 3:10 pm

    Tentang kod pengesahan..tu mcm mana??susah..sudah dua tiga kali saya cuba tak dpt..tolong

Leave a Comment