≡ Menu




SAPS Ibu Bapa 2017 – Semak Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu bapa 2017. Ibu bapa dan penjaga kepada pelajar sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan murid-murid secara atas talian.
 
Antara semakan boleh dibuat ialah Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM.
 
Semakan keputusan boleh dibuat melalui website Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Sistem ini akan menunjukkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.
 
SAPS menyediakan peperiksaan bagi pelajar Darjah 1 hingga Darjah 6 bagi murid sekolah rendah. Manakala untuk murid sekolah menengah pula boleh membuat semakan keputusan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
 
Bagi memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan anda melakukan semakan setelah markah selesai diisi oleh guru peperiksaan.
 
Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Saps ibu bapa Secara Online
 
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
 
1. Klik link rasmi berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa: –> SAPSIBUBAPA
SAPS-Ibu-Bapa-Terkini
2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
4. Masukkan kod captcha yang diberikan.
5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah:
saps-ibu-bapa-2017
6. Pilih peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
7. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan lain-lain.
 
Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menganalisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.
 
Diharapkan agar perkhidmatan SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan ini dapat membantu mak ayah dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment