≡ Menu




Rumah Selangorku – Daftar Online Sekarang

Rumah Selangorku ok? Jom daftar online sekarang dan dapatkan rumah mampu milik rakyat selangorku dilaman web official ini.
Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan dasar bary yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Rumah Sempurna’. Ini untuk bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang cantik, baik, selamat dan selesa untuk didiami.
 
Kerajaan Selangor telah memperkenalkan satu program menjana rakyat, iaitu program perumahan rumah selangorku yang merupakan Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk dan lokasi yang stratergik.
 
Kerajaan selangor bukan sahaja menjalankan program rumah selangorku, tetapi mereka juga menyediakan projek rumah mampu milik, rumah kos rendah dan juga kedai kos rendah dimana kedai kos rendah ini adalah bangunan komersial yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
rumah selangorku
Senarai Projek Kerajaan Selangor Untuk Rumah Selangorku
 
1. Senarai Rumah Kos Rendah
2. Senarai Rumah Mampu milik
3. Senarai Kedai Kos Rendah
 
Syarat-syarat permohonan Rumah Kos Rendah / Rumah Mampu Milik / Kedai / Industri Kos Rendah Negeri Selangor, anda boleh klik link dibawah untuk melihat syarat kelayakkan memohon rumah selangorku.
 
Syarat Rumah Selangorku
 
BORANG PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU BOLEH DI MUAT TURUN:
 
1. Borang Permohonan Pendaftaran Rumah Kos Rendah – SPP01 (Ditutup Masa Ini)
Sila Ambil Perhatian Borang Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah, Mampu Milik dan Kedai/Industri Kos Rendah perlu dikepilkan bersama dengan dokumen berkaitan dan hendaklah dihantar SENDIRI di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor yang beralamat seperti dibawah.
 
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 
Tingkat Lima, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment