≡ Menu




Petua Rawatan Islam Ubati Sakit Kepala

Pernah anda alami sakit kepala? Rasanya dalam masyarakat kita, penyakit sakit kepala ini bukan lagi perkara yang janggal kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lagi parah jika anda pengidap migrain, memang akan bertambah parah!

Rawatan sakit kepala

Anda tahu hanya ubati cara semulajadi atau rawatan moden, tapi sebenarnya anda boleh cuba rawat sakit kepala dengan cara rawatan Islam. Berikut petua merawat sakit kepala dengan rawatan Islam.

Petua Rawatan Islam ubati Sakit Kepala

Qurani:

1) RUQYAH: takut ada gangguan dalam badan yang menyebabkan sakit kepala

2)) Baca al Fatihah sendiri: hujung telujuk dan ibu jari diletak di tepi dahi dan tangan dirapatkan di dahi. Baca al Fatihah 7 kali. Niat semasa baca “Iyyaka na;budu”.

3) Pegang di tempat yang sama atau atas kepala lalu dibaca ruqyah: AL BAQARAH ayat 178

4) Baca al Waqiah ayat 19 iaitu ayat menceritakan tentang penghuni syurga yang tidak pening dan mabuk.

Tabie:

1) Boleh juga ketika pening yang teramat; minum madu bersama setengah biji lemon atau limau nipis.

2) Balut kepala dengan kain yang dibasahkan dengan cuka asli.

3) Rebus 15 biji kacang merah besar. Minum air dan makan kacang tersebut.

4) Jika berpunca dari angin dari perut; maka digalakkan makan 1 sudu cuka kurma / epal + 1 sudu minyak zaitun + madu sesudu + air ruqyah 2 kali sehari selepas Subuh dan sebelum tidur.

5) Jadikan minyak zaitun ruqyah sebagai minyak rambut utama. Antara sifat nabi sering kelihatan rambutnya berminyak dengan minyak zaitun. Boleh juga sapu di tengkok dan perut.

6) Berbekam 3 bulan sekali di kepala dan tengkok serta di belakang badan.

7) Mandi air ruqyah plus air batu dan garam selama 7 petang. 

Semoga adanya artikel ini memudahkan anda merawat rasa sakit kepala dengan kaedah Islam. Sebarkan informasi yang berguna ini kepada orang di luar sana.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment