≡ Menu




Pilihan Air Minuman Berbotol Yang Perlu Anda Tahu

Untuk info bagi pilihan air minuman botal yang ada di pasaran dan berpandukan kepada informasi pada label botol, anda boleh mengetahui jenis air minuman tersebut samada air mineral, RO water, air alkali dan sebagainya.

Berikut disenaraikan jenis-jenis air minuman yang biasa terdapat di Malaysia yang menjadi sumber minuman terutama ketika cuaca panas dan kering masa kini.

Coke_003

Jenis Air Minuman Berbotol Yang Perlu Anda Tahu

Air merupakan sumber minuman utama dalam kehidupan seharian kita. Tanpa airpelbagai aktiviti lain seperti mandi, membasuh baju, dan sebagainya tidak dapat dilakukan. Ini bermakna tanpa air, kehidupan anda tidak lengkap. Walaubagamanapunpencemaran air telah menyebabkan banyak produk air telah dikeluarkan untuk kesihatan anda. Antara jenis-jenis air minuman berbotol yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut :-

1. Air Mineral

Air mineral adalah berasal atau bersumberkan dari air dalam tanah yang diprosessecara semulajadi di mana kandungan galiannya berbeza-beza mengikut tempat.Penghasilan air mineral perlu melalui proses penapisan dan perawatan di kilang sebelum boleh dipasarkan secara komersial. Sumber air mineral biasanya dipam daridasar tanah dan kemudiannya melalui proses penyulingan dan seterusnya dibotolkan.Kandungan mineral dan sumber air biasanya terdapat pada label minuman berbotol ini.

2. Air Minuman Bertapis

Minuman air berbotol jenis air minuman bertapis biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses penyulingan seperti sinar UV, fiber penuras, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini banyak jenama terkenal ada menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit.

Penapis atau filter perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip kita hari ini telah tercemar, penapis seperti ini kinimenjadi keperluan penting harian di rumah untuk kegunaan makanan, minuman dan memasak.

3. Air Osmosis Songsang (R.O. Water)

RO Water adalah air bersih yang selamat diminum tetapi kurang kandugan mineral. Ianya merupakan air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral dan telah melalui berbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh kita. Kini terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini untuk proses penambahbaikan.

4. Air alkali

Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Air alkali adalah air paip yang melalui proses elektrolisis untuk memisahkan ion air kepada positif dan negatif. Ianyamempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Air alkali juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Warna Penutup Botol Air Minuman Berbotol

Terdapat peraturan yang telah ditetapkan iaitu Garis Panduan Permohonan Pelesenan Punca Air Minuman Berbungkus & Air Mineral Semulajadi yang dikeluarkan oleh KKMseperti berikut :-

  1. Setiap produk air minuman bertapis dan R.O. wajib menggunakan penutup botol berwarna putih
  2. Penutup botol bagi Air Mineral Semulajadi dibolehkan pelbagai warna kecuali warna putih.

P/S : Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi rujukan pada pembaca semua.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment