≡ Menu

Petua Mudah Hilangkan Panau

Petua Mudah Hilangkan Panau ok? Ikuti petua nenek ini untuk mudah hilangkan penyakit kulit panau anda di badan atau muka.

 petua-hilangkan-panau

Anda tahu petua mudah hilangkan panau? Apakah penyakit panau? Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan daripada kulat dan jangkitan ini boleh dilihat daripada lapisan luar kulit seperti di belakang badan, kulit kepala, muka dan dada.

Walaupun penyakit panau tidak menyakitkan pesakitnya namun kulit yang mempunyai panau akan sentiasa berasa gatal, bersisik dan kemerahan apabila digaru. Tompokan panau yang bercantum akan lebih mudah dilihat dengan mata kasar. 

Tidak membuang masa, Government.my ingin kongsikan Petua Mudah Untuk Hilangkan Panau buat pembaca setia blog ini.

Petua Mudah Hilangkan Panau

Berikut dikongsikan beberapa tips untuk merawat panau seperti :

berpanau.

  • Daun Belimbing

Campurkan beberapa helai daun belimbing, beras dan asam jawa ditumbuk sehingga hancur. Lepas itu, tampalkan bahan yang sudah ditumbuk pada kawasan kulit yang terkena panau. Biarkan ia kering dan membilas sehingga bersih.

  • Daun Pinang

Hanya beberapa keping daun pinang perlu ditumbuk sehingga hancur dan ditampalkan pada kawasan kulit yang terkena panau. Biarkan ia kering dan bilaskan sehingga bersih.

  • Ubat sapu anti kulat

Anda hanya pergi ke farmasi untuk dapatkan ubat sapu anti kulat. Anda perlu baca cara penggunaan krim sapu anti kulat sebelum menggunakan pada kawasan kulit yang terkena panau.

  • Halia dan Bawang Putih

Seulas bawang putih dan 4 cm halia ditumbuk sehingga hancur. Selepas itu, sapu pada pada kawasan kulit yang terkena panau. Biarkan ia kering dan membilas sehingga bersih.

Diharapkan dengan adanya entri ini yang berjudul Petua Mudah Hilangkan Panau dapat memberi banyak informasi dan panduan yang berguna kepada semua pembaca sekalian.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment