≡ Menu




Petua Merawat Sakit Lutut Dengan Semulajadi

Pernah alami sakit lutut? Tahukah cara merawat sakit lutut? Untuk pengetahuan anda, sakit lutut adalah sakit yang biasa berlaku tak kira tua atau muda disebabkan oleh sendi lutut yang haus. 

Rawat sakit lutut

Jangan ingat tayar moto ja haus, lutut kita pun sama keadaan seperti itu. Di samping itu, sakit lutut juga boleh jadi sakit setempat atau di seluruh kawasan lutut. Jadi apa puncanya berlaku. Terdapat banyak cara untuk merawat sakit lutut yang dialami. Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut. 

Petua Merawat Sakit Lutut

Berikut di bawah dikongsikan cara-cara rawatan yang melibatkan sakit lutut secara semulajadi atau tradisional :

Halia

Halia adalah salah satu bahan semulajadi yang membantu untuk mengurangkan sakit lutut. Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan. Caranya ialah hancurkan satu kepingan kecil halia, kemudian masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Selepas itu, campuran tadi ditapiskan dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon. Minum 2-3 cawan teh halia ini pada setiap hari sehingga sakit lutut hilang.

Cuka Epal Cider

Cuka epal cider boleh membantu untuk melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi disebabkan sifatnya yang beralkali. Ia juga dapat memulihkan pelincir untuk mengurangkan sakit dan menggalakkan pergerakan. Caranya mudah ialah campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis. Hirup campuran ini sepanjang hari 

hingga anda pulih sepenuhnya.

Kunyit

Kunyit mempunyai sifat antiradang dan antioksida kerana mengandungi bahan kurkumin yang boleh mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut. Caranya ialah anda perlu campurkan setengah sudu teh halia yang telah kisar

dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air . Didihkan selama 10 minit dan tapiskan kemudian campurkan madu dan minum 2 kali sehari.

Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Lemon juga bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik kerana mengandungi asid sitrik. Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas dan celupkan kain ke dalam minyak bijan. Kain yang tadi diletakkan pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment