≡ Menu




Petua Merawat Demam Selsema Tanpa Makan Ubat

Sick African American woman checking temperature

Demam adalah satu penyakit yang menyebabkan anggota badan manusia tidak bermaya dan lesu. Ia memerlukan masa untuk dipulih agar kembali normal seperti sediakala. Banyak alternatif untuk memulihkan demam, badan panas dan juga selsema.

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh.

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak.

Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema, ia diakui dengan kajian kesihatan yang telah dijalankan.

Halia
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari.
Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan.
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.
Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.
Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan.
Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.
Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria.
Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.
Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.
Air Beras
Untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam.
Info lain
Sekiranya demam dan selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.

P/S : Harap ia membantu anda untuk memulihkan demam anda.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment