≡ Menu




4 Petua Kuruskan Badan Dengan Minuman

Pernah anda tahu cara kuruskan badan dengan minum minuman? Sebelum ini anda hanya tahu makanan sahaja dapat menurunkan berat badan. Mungkin ada di antara kita yang berfikir bahawa minuman seperti jus buah-buahan dan minuman berenergi sihat untuk tubuh.

 Kuruskan badan dengan minuman

Tetapi, tahukah anda kebanyakan daripada minuman tersebut telah ditambah dengan gula dan zat aditif lain yang boleh mempengaruhi keupayaan penurunan berat badan anda. Jadi, lebih baik jika anda mahu mengurangkan berat badan, anda perlu minum minuman yang kurang kalori dan yang boleh meningkatkan metabolisme anda.

4 Petua Kuruskan Badan Dengan Minuman

Berikut adalah dikongsikan beberapa petua atau cara kurus dengan pilihan minuman yang boleh membantu menurunkan berat badan anda:

1. Air Putih

Sudah kita ketahui, air putih atau air masak sangat baik dan penting ketika anda mahu menurunkan berat badan daripada dehidrasi. Minum secukupnya air putih kerana ia akan menjaga keseimbangan cecair dan mencegah rentensi cecair. Lebih menyegarkan jika anda boleh tambahkan hirisan lemon, mint, atau buah-buahan segar lain ke minuman tersebut.


2. Air Kelapa

Salah satu minuman energi semulajadi terbaik dan mujarab ialah air kelapa. Petua kurus menggunakan air kelapa mampu membantu anda dalam meningkatkan metabolisme dan ia sarat dengan elektrolit. Minum 1-2 gelas air kelapa setiap hari akan memberikan tenaga yang diperlukan selama satu hari. Dengan itu ia akan membantu dalam melancarkan metabolisme dan juga membantu dalam membilas semua racun yang dikeluarkan dari dalam tubuh anda.

3. Jus Tembikai

Petua kurus yang seterusnya adalah dengan jus tembikai. Pastikan jus ini tidak dicampurkan dengan gula, biarkan asli. Jus tembikai adalah minuman yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga. Tembikai merupakan salah satu buah-buahan adalah penghilang dahaga semulajadi kerana tingginya kandungan air dalam buah ini. Kelebihan lainnya, buah ini mengandung banyak nutrisi, termasuk likopen yang boleh mencegah kanser dan juga asid amino arginin yang boleh menurunkan lemak tubuh dan meningkatkan massa otot.

4. Teh Hijau

Teh hijau juga salah satu petua terbaik kuruskan berat badan. Minuman ini tersenarai dalam kategori minuman sihat. Kandungan ‘katekin’ di dalamnya terbukti efektif untuk menghancurkan lemak. Pengambilan secawan teh hijau sebelum bersenam mempermudahkan lagi proses pembakaran lemak sepanjang anda bersenam.


Diharapkan informasi ini dijadikan panduan kepada yang merancang untuk kuruskan berat badan secara semulajadi dengan mengikuti petua kuruskan badan dengan minuman yang sihat.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment